Kini… Pendapatan Di Internet Bukan Lagi Mustahil!

February 2nd, 2008 Posted in Bisnes Digital, Ulasan eBuku | 1 Comment »

Assalamualaikum & salam sejahtera..

Itu adalah tajuk ebook terbaru dari Zamri Nayan.

Pada mulanya memang saya kurang percaya! Tetapi apabila saya mula membaca testimoni daripada Internet Marketer Malaysia yang diberikan di laman web beliau, saya yakin yang ini merupakan salah satu ebook yang MESTI saya punyai pada tahun ini.

Ya, saudara Zamri Nanyan baru sahaja menerbitkan sebuah ebook hebat yang bertajuk “Rahsia Perniagaan Digital”. Dan beliau membongkar rahsia perniagaan internet ini yang memang jarang dibincangkan di dalam ebook tempatan berbahasa Malaysia.

“Daripada sebuah jualan produk digital, anda mampu mencipta satu peluang menjana pendapatan tanpa henti di Internet dan anda tidak perlu bersaing dengan “mat-mat saleh” di luar sana sekiranya itu yang anda mahu” - kata Zamri.

Ini cuma salah satu rahsia yang Zamri Nanyan bongkar. Ada beberapa lagi rahsia perniagaan internet ini yang dibincangkan di dalam ebook
padat “Rahsia Perniagaan Digital” ini. Di antaranya…

1. Bagaimana untuk mendapatkan produk informasi tempatan dengan murah untuk dijual di Internet
– Anda boleh mencipta produk informasi anda sendiri seperti ebook atau menggunakan cara yang akan bongkarkan di sini. Cara kedua  adalah lebih mudah dan menguntungkan.

2. Bagaimana untuk menerima pembayaran melalui  Internet – Anda perlu tahu bagaimana untuk menerima pembayaran secara Online jika anda menjual produk anda sendiri. Terdapat 3 cara yang digunakan tetapi mana satu yang sangat sesuai untuk pasaran tempatan? Gagal untuk memahami perkara ini akan menyebabkan anda
rugi 80% dari perolehan anda.

3. Bagaimana untuk mencipta pelbagai saluran pendapatan melalui Internet tanpa perlu
mengeluarkan 10-20 produk anda sendiri - Ianya semudah membina link ke beberapa laman web pilihan anda. Anda akan mempelajari kemahiran ini di akhir ebook ini nanti.

…dan banyak lagi rahsia yang dibongkar.

Jadi, pastikan anda membuat pesanan sekarang sebelum saingan anda mendapatkannya.

Oh ya, disebabkan ebook “Rahsia Perniagaan Digital” ini baru sahaja dilancarkan, saudara Zamri Nanyan menawarkan harga istimewa kepada pembeli sekiranya anda membuat pembelian di antara 1-3 Februari. Pada 3 hari istimewa ini, ebook “Rahsia Perniagaan
Digital” akan dijual pada harga RM30 atau USD$9 dan harganya akan dinaikkan kembali kepada harga asal pada RM37 (USD$9.97) pada 4 Februari.

Jadi… jangan lepaskan peluang ini.

Pesan sekarang di www1.bisnesdigital.com

ikhlas,
Ibnuhassim
ps. Berikut ialah apa yang Gobala Krishnan ulas mengenai ebook “Rahsia Perniagaan Digital”:

Saya memperolehi USD$ 7,776 dalam masa 4 bulan dengan menjual sebuah ebook 12 muka surat di dalam pasaran tempatan, dan saya menggunakan beberapa
teknik yang diajar oleh Zamri Nanyan di dalam ebooknya “Rahsia Perniagaan Digital” - Gobala.
www1.bisnesdigital.com

Kupon GoDaddy Bagi Bulan Januari 2008

January 20th, 2008 Posted in Kupon Diskaun | 3 Comments »

Assalamualaikum & salam sejahtera…

Salah satu cara untuk berjimat ialah membeli dengan harga diskaun. Saya rasa belum terlambat lagi untuk saya berkongsi kupon diskaun untuk pembelian di GoDaddy.com untuk bulan Januari. Saya baru sahaja membeli domian dotcom dengan harga $6.95.

Baiklah berikut adalah kupon-kupon GoDadday.com bagi bulan January.

  • $6.95 .COM registrations, transfers and renewals
    Use promo code CJC695DOM
  • 20% off any GoDaddy shared hosting plan
    Use promo code CJC20HOST
  • 10% off any order at GoDaddy
    Use promo code CJCSAVE10
  • Save $1 on any order
    Use promo code CJCONEOFF
  • Save $5 on your order of $30 or more (great for bulk order)
    Use promo code CJCSAVE
  • Save $10 on your order of $50 or more (great for bulk order)
    Use promo code CJCTENOFF
  • Save 15% on your order of $75 or more (great for bulk order)
    Use promo code CJCDEAL

Sila tinggalkan komen sama ada kupon ini berhasil atau tidak :)

Sumber: Web Hosting Promo Codes 

Blog Cikgu Farizal Dot Com Dilancarkan Dengan Rasminya!

January 12th, 2008 Posted in Pengumuman | 14 Comments »

cikgu farizal dot com >> perkongsian ilmu & pengalaman

Assalamualaikum & salam sejahtera…

Alhamdullillah, akhirnya impian saya untuk memiliki “blog sendiri” tercapai jua dengan terlancarnya Cikgu Farizal Dot Com. Berbanding dengan Ibnuhassim Dot Com, Cikgu Farizal Dot Com adalah sebuah blog yang menceritakan tentang dunia kehidupan sebenar saya sebagai cikgu. Blog Ibnuhassim Dot Com adalah blog yang menceritakan kehidupan saya sebagai part-time blogger.

Dalam blog Cikgu Farizal Dot Com, tiada lagi yang tersembunyi mengenai saya. Anda boleh mengenali saya di page blogger.

Untuk pengetahuan anda, perasaan amat berbeza hadir dalam diri saya selepas saya melancarkan blog Cikgu Farizal Dot Com. Anda boleh membacanya di sini: http://cikgufarizal.com/diari-harian/alangkah-indahnya/

Saya memilih theme biru 2.0 yang dibina oleh neutronics dari neutronics.syokz.org sebagai theme blog Cikgu Farizal Dot Com. Untuk mendapatkan theme tersebut anda boleh melayarinya di sini : http://neutronics.syokz.org/2008/01/05/biru-20-wordpress-theme-for-download/

Direktori Blogger Malaysia merupakan penaja bagi theme tersebut. Ini adalah salah satu langkah untuk saya meningkatkan pelawat & ranking Direktori Blogger Malaysia. Bagi sesiapa yang belum mendaftar sila berbuat demikian sebelum saya menutup pendaftaran percuma Direktori Blogger Malaysia.

Akhir sekali saya berharap dengan kehadiran blog Cikgu Farizal Dot Com dapat memeriahkan lagi dunia blogger di Malaysia khasnya dalam bidang pendidikan.

Sekian wassalam,

Ibnuhassim

Awal Muharram 1 Detik Permulaan…..

January 10th, 2008 Posted in Diari | 2 Comments »

Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi Dan Umat Islam
Dari Kota Mekah Ke Kota Madinah

Atas Keyakinan Dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin Dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta Dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam

Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Ma’al Hijrah
Tingkatkan Semangat
Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman

Assalamualaikum & Salam Sejahtera….

Sepuluh hari yang lalu kita telah bersama-sama menyambut Tahun Baru Masihi dan hari ini kita sekali lagi menyambut Tahun Baru Hijrah.

Berbeza dengan sambutan Tahun Baru Masihi, Tahun Baru Hijrah atau Ma’al Hijrah mempunyai nilai yang berbeza.

Ma’al Hijrah disambut dengan penuh pengisian ilmu yang bermanfaat.

Ma’al Hijrah juga mengingatkan kita tentang satu berjuangan yang bermula dengan keyakinan untuk berpindah dari satu tempat ke satu tempat dengan keazaman untuk mencipta kegemilangan.

Sempena hari pertama Tahun Hijrah 1429 ini, marilah kita bersama membulatkan tekat melakukan penghirahan minda untuk kejayaan yang lebih cemerlang.

Selamat menyambut Ma’al Hijrah 1429 kepada semua.

Wassalam..

Power Supply Punya Hal…

January 7th, 2008 Posted in Diari | 4 Comments »

Assalamualaikum & Salam Sejahtera…

Hujung minggu ni agak memenatkan bagi saya. Penat berulang-alik ke Low Yat.

Pagi Sabtu (Januari, 5 2008) sewaktu saya sedang menyiapkan  blog cikgufarizal.com tiba-tiba komputer saya terpadam. Hem.. blackout pula.

Tiba-tiba saya terperasan yang kipas siling & lampu masih berfungsi. Alamak! apa pula masalah komputer saya ni? LED di monitor masih menyala. Sah destop yang bermasalah.

Kalau keadaan macam ni, kemungkinan besar power supply atau RAM atau motherboard yang bermasalah. Jangan ler motherboard atau RAM. Baru jer habis seribu kebih baiki kereta hujung minggu lepas.

Kebetulan ada sebuah komputer rakan sekerja yang ditinggalkan kepada saya untuk diinstall program. Jadi saya pun menggunakan power supplynya untuk diuji pada komputer saya.

Alhamdullillah ok. Syukurlah power supply sahaja masalahnya.

Petang Sabtu tersebut saya pun ke lowyat untuk mendapatkan power suppy baru dengan menaiki LRT & Monorail. Saya selalu shopping kat All IT sebab selesa.

Saya direkemenkan M-Lite Hyundai Corporation Power Supply  Dual +12VOutput. Okla. harga RM78. Power 350 Watt.

Oleh kerana saya budget bawah RM100 maka yang ni menambat hati saya. Jadi saya pun beli.

Sampai kerumah dah magrib. Selesai sahaja solat, saya pun terus memasang power supply tersebut. Ok on…

Saya pun memulakan kerja saya. setelah setengah jam..  Alamak… backout lagi. Saya cuba menghidupkan komputer saya.  Berjaya. Tak sampai 5 minit terpadam pula.

Alamak.. nampaknya terpaksa ke lowyat semula la.

Alhamdullillah setelah ke lowyat semula tadi. Sampai sekarang dah lebih kurang 5 jam digunakan ia masih ok. Ni power supply yang digantikan oleh All IT.

Ok Good Nite

Wassalam

Pertukaran Hosting Blog Hampir Gagal…

January 4th, 2008 Posted in WordPress | 4 Comments »

Assalamualaikum & Salam Sejahtera…

Ni ada sikit cerita teknikal blog yang saya cuba buat….

Semalam, entah mengapa tiba-tiba hati saya tak sedap untuk melancarkan blog baru ( lama dah siap) CikguFarizal.com. Blog ni blog peribadi saya mengenai kerjaya saya sebagai cikgu.

Hati saya tak sedap sebab saya tahu akan pontensi blog peribadi ini tetapi blog ini masih berkongsi hosting dengan beberapa blog yang digunakan untuk program affiliate.

Jadi saya fikir saya perlu memberikan hosting khas untuk blog ini. Hati saya amat tertarik untuk mencuba hosting yang ditawarkan oleh NetKl.com. Banyak juga saya membaca mengenai hosting ini dan dikatakan syarikat hosting ini adalah antara syarikat hosting yang terbaik di Malaysia.

Melihat akaun paypal personal saya masih berduit. Saya pun dengan gatal tanganya membeli hosting dari NetKl.com. Tujuan saya beli semalam adalah kerana saya ingin melakukan proses perpindahan hosting bagi blog cikgufarizal.com esok. Biasanya selepas kita membeli sesuatu hosting dalam tempoh lebih kurang 24 jam (kadang2 lebih) baru hosting kita diaktifkan.

Tapi agak berlainan dengan hosting dari syarikat NetKL.com ini. Tak sampai sejam akaun hosting saya telah diaktifkan. Oleh kerana akaun saya telah diaktifkan saya pun terus melakukan proses pemindahan blog ke hosting ini dengan kaedah yang agak pantas. Tak sampai 10 minit dah siap.

Ini langkah-langkah yang saya lakukan.

1. Backup database wordpress bagi cikgufarizal.com di hosting lama.
2. Install wordpress dengan menggunakan fantastico di hosting baru (NetKl.com)
3. Padam database & user yang terhasil bagi blog wordpress di hosting baru (NetKl.com).
4. Tukar nama database wordpress cikgufarizal.com dengan nama database yang terbentuk di hosting baru (NetKl.com)
5. upload database wordpress yang telah ditukar nama ke hosting baru (NetKl.com)
6. Tambah user baru dengan nama user yang telah dipadamkan sebelum ini. Guna password yang diambil dari fail wp-config.php.
7. Tambahkan user ke database.

SIAP… tapi gagal :( Kenapa gagal? Sebab saya lupa nak backup theme. Maka jadilah blog saya seperti yang anda boleh lihat di sini. Sedih-sedih.

Sepatutnya saya perlu membackup theme. Theme tersebut musnah sewaktu saya membuang add-on domain bagi cikgufarizal.com.

Jadi sepatutnya selepas langkah 7 di atas saya hanya perlu mengupload theme dan plugin yang digunakan dan mengaktifkanya.

Tapi tak apalah, ia suatu pengajaran yang berguna.

Wassalam

p.s Kalau anda nak try hosting NetKl.com Sila Klik di sini…

Selamat Menyambut Tahun Baru 2008

January 1st, 2008 Posted in Diari | 5 Comments »

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Tak sangka yer.. Dah masuk tahun 2008.

Banyak betul yang dipelajari pada tahun 2007 dan tahun 2008 ini saya berazam untuk merialisasikan apa yang saya pelajari tahun 2007.

Itu sahaja.

Selamat menyambut Tahun Baru 2008 kepada semua pelawat Ibnuhassim.com

Wassalam

Ibnuhassim