Mengapa Tidak Dari Dulu…..

May 4th, 2008 Posted in ebook | 4 Comments »

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Dulu, sewaktu memulakan mencari duit di internet, segalanya ingin saya lakukan sendiri, dari menulis ebook, membuat sales latter, mendesign dan segalanya. semuanya ingin saya lakukan sendiri. Kononnya ingin menjimatkan kos. Akibatnya, semua projek ebook saya tergendala. Sibuk, tak cukup masa. syukurlah, pendapatan dari affilite dan iklan memberangsangkan.

Akhirnya saya membuat keputusan mengupah orang, dari menulis ebook hinggalah mendesign sales letter, Alhamdullillah tak sampai sebulan siap. Tugas saya sekarang cuma memurnikannya sahaja. Insyaallah, bulan Jun ini akan terlancarlah ebook tersebut berserta lesan RR sekali. Apa dia, tunggu, promosi peringkat pertama sudah dijalankan di WangCyber.com

Ok, tunggu ya…

Hemm… Mengapa tidak dari dulu saya buat begini.. Kalau tidak dah jutawan saya :)

Kalau..kalau… Tak habis-habis dengan kalau. Ingat, apa yang telah berlaku adalah yang terbaik.

wassalam

Selamat Menyambut Hari Pekerja

May 1st, 2008 Posted in Hari Pekerja | No Comments »

Yes, hari ni cuti, banyak benda boleh buat… Selamat Hari Pekerja kepada semua yang bekerja. Kepada yang mengganggur. Selamat mencari pekerjaan. Kalau tak dapat kerja, buat business sendiri.

Wassalam

Buku elektronik gaya pembacaan baru

April 10th, 2008 Posted in ebook | No Comments »

Petikan dari utusan online oleh LAUPA JUNUS dan KHAIRUNNISA SULAIMAN dalam kolumn Megabait.

Membaca teks bukan pada kertas? Kelihatan biasa-biasa sahaja kerana ia membayangkan anda membaca mesej yang dihantar menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), e-mel, akhbar dalam talian, blog atau apa juga bacaan menerusi peralatan elektronik.

Sebagai contoh, anda mungkin sedang membaca artikel ini tanpa perlu memegang sehelai kertas pun, sebaliknya dengan hanya melayari laman web Utusan Online di www.utusan.com my.

Tetapi bila disebut membaca buku tanpa kewujudan buku itu secara fizikal, bunyinya agak asing bagi kebanyakan kita khususnya yang masih canggung dengan perkembangan teknologi.

Konsep yang disebutkan sebagai buku elektronik (e-buku) dan juga buku mudah alih atau m-book itu memudahkan ‘ulat buku’ membaca bahan bacaan mereka ke mana sahaja tanpa membebankan.

E-buku membolehkan sesiapa sahaja membaca sebarang dokumen digital dalam pelbagai format fail sama ada dalam format PDF, word dan html di komputer, telefon bimbit atau pembantu digital peribadi (PDA).

Lebih menarik, teks yang dipaparkan, turut diringi dengan imej dan warna. Malah lebih menarik, anda boleh terus melangkau atau ke bab-bab tertentu dalam buku tersebut.

Justeru, syarikat penerbitan tempatan sudah melihat akan kemungkinan anjakan konsep pembacaan daripada secara konvensional kepada elektronik yang dipelopori akhbar, majalah dan buku biasa.

Apa yang penting industri ini masih memerlukan pembaca bagi memastikan ia tidak berkubur dengan pendekatan yang lebih popular dan memudahkan.

Peminat novel misalnya, tidak lagi perlu membawa sekian banyak buku kesukaan mereka untuk mengisi waktu-waktu terluang sekiranya penerbit mampu menyediakan fail digital buku tersebut.

Fail tersebut tentu boleh sahaja dimuat turun dalam telefon bimbit atau gajet lain yang nyata mengurangkan beban kepada peminat novel berkenaan.

Pendekatan ini bukan sahaja mengurangkan kos pencetakan dan mengurangkan bilangan pokok ditebang tetapi juga lebih mudah kerana ia boleh dipasarkan melalui Internet.

Pembaca yang berminat memiliki novel tersebut hanya perlu menghubungi penerbit untuk membuat tempahan dan buku tersebut boleh dimuat turun (download) atau dihantar dalam bentuk cakera padat (CD) kepada mereka.

Sekali lagi, sistem atau teknologi elektronik menawarkan penyelesaian mudah bagi kumpulan ini sama seperti yang ditawarkan oleh sistem perbankan dan sistem lain-lain sedia ada.

Sebuah syarikat penerbitan tempatan telah pun menguar-uarkan pendekatan tersebut apabila memperkenalkan kaedah terbaru membolehkan kandungan buku dibaca melalui SMS dan telefon bimbit

Memanfaatkan

Kandungan sesebuah buku terbitan PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. (PTS Publications) kini boleh dibaca menggunakan SMS di telefon genggam melalui kaedah m-buku,

PTS Publications yang mendapat kerjasama teknikal daripada Metadome Sdn. Bhd. (Metadome) sudah mula menggunakan pendekatan m-buku untuk novel terbitan syarikat itu, Aku Mahu Popular karya Ain Maisarah.

Pengarah Eksekutif Metadome, Syaizul Amal Zalkafli, berkata percubaan menerbitkan Aku Mahu Popular karya Ain Maisarah menggunakan kaedah m-buku selama dua bulan menunjukkan ia mendapat sambutan hangat.

“Sambutan yang diterima dalam tempoh percubaan itu menyebabkan buku dengan 30 halaman itu akhirnya berkembang dan diputuskan diterbitkan secara m-buku oleh penerbitnya serta akan dilancarkan pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008,” katanya pada sesi taklimat m-buku di Kuala Lumpur, kelmarin.

Sembilan puluh sembilan lagi novel remaja lain dalam bentuk m-buku terbitan syarikat terbabit akan turut dilancarkan pada pesta terbabit antaranya ialah Budak Psikik, Kaki Bola, Misi Piramid, Untuk Syampoo, Cinta Laksa dan Ubi, Mekar Sakura di Mimbar Cinta, Sindrom VX dan Yong Tau Foo.

Pesta selama 10 hari di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang bermula esok ini turut disertai 185 syarikat yang membabitkan 125 milik tempatan, 37 agensi kerajaan dan 23 dari Singapura, Brunei Darussalam, Indonesia, Filipina, India, Pakistan, Mesir, Australia serta United Kingdom.

Muat turun bahan bacaan melalui telefon bimbit begitu terkenal di Jepun dan penyelidikan di negara matahari terbit itu menunjukkan lima judul buku yang menduduki senarai teratas dalam carta pilihan penggemar adalah yang diterbitkan dalam bentuk m-buku.

Syaizul Amal menjelaskan, m-buku dilengkapi dengan pelbagai ciri multimedia dan jalur interaktif serta berupaya memenuhi selera pembaca yang sentiasa ingin mendapatkan maklumat dalam masa pantas dan mutakhir.

Melalui kaedah m-buku, khalayak berpeluang melihat paparan grafik dan mendengar bunyi yang boleh mencetuskan kesan pembacaan lebih menarik serta memudahkan mereka memuat turun senarai terkini bahan bacaan di pasaran.

“Proses muat turun akan berlaku dalam masa beberapa saat. Semua jenis talian boleh digunakan untuk membaca novel melalui telefon genggam anda.

“Bagaimanapun, proses ini tertakluk kepada liputan kawasan rangkaian talian telefon anda,” katanya.

Selain itu, pembaca boleh menikmati paparan kertas hiasan, nada dering, nada dering bergambar, klip video, kad ucapan, animasi, karaoke, aplikasi Java, permainan Java, mesej bergambar, logo operator dan pesanan bersuara.

Khalayak yang menggunakan kemudahan m-buku PTS Publications hanya dikenakan RM5 untuk setiap muat turun manakala perkhidmatan paparan perhiasan skrin pula dikenakan RM3.

Penting

Syaizul berkata, kumpulan sasar m-buku adalah khalayak berusia 12 hingga 24 tahun kerana pada usia berkenaan mereka sudah berkemahiran menggunakan kemudahan elektronik terutama telefon genggam yang sudah menjadi budaya penting dalam masyarakat.

“Perkembangan maklumat dan ilmu yang bermula dengan kaedah cetakan pada 1400 mencatat perubahan pantas.

“Daripada cetakan beralih kepada pawagam, radio dan televisyen, sebelum disusuli dengan laman web.

“Kemuncak kepada penyebaran maklumat ialah dengan kehadiran telefon genggam dan Metadome bersama-sama PTS Publications memanfaatkan kemudahan ini dengan berusaha memenuhi permintaan pembaca novel,” ujarnya.

Syarikat peralatan elektrik dan elektronik terkenal, Sony pula menampilkan apa yang dikenali sebagai buku elektronik atau menerusi Sistem Pembaca Mudah Alih Sony atau Sony Portable Reader System.

Ia mensimulasikan konsep buku yang mana anda membaca teks yang diformatkan dalam fail PDF misalnya, sama seperti anda membaca SMS.

Produk PRS-500 itu menjanjikan simulasi buku sebenar dan membeli pengalaman baru dalam industri perbukuan.

Jika sebelum ini, fail dalam yang diformatkan dalam bentuk PDF itu (sebagai contoh) anda boleh membacanya dalam komputer peribadi dan pembantu digital peribadi (PDA), sistem yang ditampilkan Sony memudahkan segalanya bagi merealisasikan konsep buku elektronik (e-buku).

Malah, sekiranya memiliki model barunya PRS-505, ia menjadikan anda lebih proaktif dalam pembacaan.

Dengan tawaran warna perak dan biru gelap serta dilengkapi pelbagai ciri-ciri , anda kelihatan bergaya menggunakan inovasi ini.

Teknologi paparan kertas generasi baru lebih pantas memberi maklum balas, dan memudahkan pembacaan dengan teks, imej dan garafik yang jelas.

Dengan kapasiti penstoran 160 buku elektronik, pembaca malah mampu berfungsi sebagai perpustakaan bergerak anda.

Model tersebut juga mempunyai ciri paparan beresolusi tinggi , malah menyerupai kertas secara fizikal, dengan penggunaan kuasa rendah.

Sebiji bateri sebagai pembekal kuasanya mampu menawarkan bacaan sehingga 7,500 muka surat tanpa henti.

Sebagai tambahan kepada konsep buku elektronik, alat tersebut juga boleh menyimpan dan memaparkan dokumen peribadi dan perniagaan dalam format Adobe PDF, teks RTF, dan imej JPEG.

Dengan harga hampir RM1,000 dan dilengkapi dengan kabel USB perisian PC e-book dan penyelarasan warna, produk ini mungkin lebih penting daripada telefon bimbit anda pada masa akan datang

Dengan penggunaan alat sebegini, bersantailah di pusat peranginan ketika sedang bercuti atau duduk bersendirian menunggu penerbangan tanpa rasa bosan.

Antara kedai e-buku terkenal di Internet

- Books on Board.com (www.booksonboard.com) - mempunyai lebih 130,000 judul buku digital dari pelbagai penerbit.

- CyberRead (www.cyberread.com) - mempunyai 40,000 judul buku digital terkenal untuk dibaca di PDA atau PC.

- Diesel e-Book (www.diesel-ebooks.com) - mempunyai 35,000 e-buku yang dibahagikan kepada 50 kategori untuk memudahkan pencarian.

- E-Books.com (www.ebooks.com) - mempunyai pelbagai buku digital sama ada untuk kategori popular, profesional dan akademik.

- eFollet.com (www.efollet.com) - mempunyai pelbagai buku-buku akademik untuk kolej dan institusi pengajian tinggi.

- eBookMall.com (www.ebookmall.com) - merupakan e-penebit dan penjual e-buku dalam 10 format terkenal.

- Fictionwise (www.fictionwise.com) - merupakan penjual e-buku berkecuali yang mempunyai berpuluh-puluh ribu pelanggan.

- Penguin Group (USA) (us.penguingroup.com) - mempunyai pelbagai jenis buku digital dalam pelbagai format seperti Microsoft Reader, Adobe Acrobat dan Palm.

30 Tahun - Impian Seorang Lelaki

March 18th, 2008 Posted in Cabaran | 5 Comments »

Assalamualaikum & salam sejahtera…

idaman468.jpg

Hari ini saya ingin berkongsi sesuatu dengan anda semua. Lagi 2 bulan umur saya akan menjangkau 30 tahun. Bila rumah puluh bukan lagi digit 2 maka banyak perkara yang perlu difikirkan.

Beberapa hari ini saya asyik berfikir tentang angka 30 dan apa yang telah saya miliki sebagai seoarang lelaki.

Sebagai seorang lelaki normal pada usia ini saya sudah pasti ingin memiliki segala yang saya idamkan. Isteri, anak, rumah dan kereta.

Isteri, alhamdullillah sudah hampir 3 tahun saya memilikinya dan saya amat bahagia.

Anak, isyallah lagi 3 bulan anak saya akan menjangkau usia 2 tahun dan saya amat menyayanginya.

Kereta, walaupun bukan kereta idaman tetapi saya sudah miliki sebuah kereta seakan-akan kereta idaman saya. Dah hampir 3 tahun dah :)

Rumah, ah ini yang paling menyedihkan. Hingga ke hari ini saya masih lagi menyewa. Saya memang sedang berusaha untuk memiliki rumah idaman dan saya telah pun menjumpainya. Rumah teres 2 tingkat dengan design yang menarik dan di lokasi yang strategik dan persekitaran yang menarik.

Sudah hampir 3 bulan saya mengushar rumah tersebut yang baru siap dibina dan sabtu lepas saya pun pergi meninjau rumah tersebut dan ingin sekali saya mengetahui berapa harganya.

Saya terpadang satu iklan berhampiran kawasan perumahan tersebut dan nombor yang tertulis 400k-498k. Mak ai mahal nyer. Hampir setengah juta harga rumah idaman saya. Dengan gaji yang saya perolehi setiap bulan dan ditambah dengan gaji isteri memang saya mampu miliki rumah tersebut tetapi dengan syarat kesemua gaji tersebut digunakan untuk membayar ansuran bulanan rumah tersebut.

Adakah impian saya ini akan hanya tinggal impian? Adakah ia akan menjadi kenyataan?

Wassalam…

Dilemma : Adakah Ini Satu Coobaan?

March 11th, 2008 Posted in Dilemma | 2 Comments »

Assalamualaikum & salam sejahtera…

Sudah agak lama saya tidak mengupdate blog ini. Lantaran kesibukan dengan aktiviti harian menyebabkan saya perlu mengutamakan yang lebih utama. Di samping keputusan pilihanraya yang agak mengejutkan ramai pihak. Terbukti kini peranan blog dalam menyampaikan maklumat dan blog memapunyai pengaruh yang besar. Miliki blog sekarang!

Dalam pada itu, saya telah berjaya mendapatkan theme yang sessuai untuk blog blogger Malaysia dot info. Sehingga kehari ini jumlah blog yang didaftarkan di Direktori Blogger Malaysia adalah sebanyak 79 blog :) TQ. Pada yang belum mendaftar, sila buat demikian.

Untuk memastikan saya mampu terus berada dalam dunia perniagaan internet, saya fikir saya perlu memiliki satu talian internet mudah alih. Sudah lama saya mengimpikan ini untuk memilik nokia N95. Duit sedang dikumpul. Insyallah dalam masa dua bulan lagi cukuplah.

Hajat saya untuk memiliki handphone Nokia N95 kini agak terbantut disebabkan terlancarnya laman web jualan iphone apple oleh Team Saifulsham. Ini kerana saya juga berhajat memiliki iphone kerana ciri-cirinya yang hebaat dan tahan lasak!

Antara Iphone dan N95 yang mana satu harus dibeli? Inilah dilema yang saya hadapi. Duit hanya cukup untuk memiliki 1 daripadanya. Dan jika mampu pun, memiliki kedua-duannya adalah satu pembaziran yang nyata :( Oh… pening-pening.

Jadi sekarang saya perlu menilai yang mana satukah terbaik untuk saya.

Ok. Sekian wassalam

Yang Berhormat Dalam Dilema..

Ibnuhassim

Kupon Godaddy Bagi Bulan Februari 2008

February 9th, 2008 Posted in Kupon Diskaun | 3 Comments »

Assalamualaikum & salam sejahtera…

Saya baru sahaja membeli satu domain untuk projek terbaru saya. Seperti biasa saya akan mencari dahulu kupon diskaun dan alhamdullillah jumpa. Jimat ler $3.00.

Ini senarai kupon diskaun yang saya jumpa.

OYH3 - $3 off / $6.95 any .COM (renewals too… just used it)

OYH1 - 10% off whatever

BTPS7 - 20% any order of $50 or more

BTPS4 - 10% off anything

OYH2 - $5 off a $30 purchase

chill1 - 10% off

chill2 - $5 off $30

chill3 - $6.95 .coms

hash1 - 10% off

hash2 - $5 off $30

hash3 - $6.95 .com registration

gdd1101c - 10% off any order of $40 or more

cjcdeal12 - $6.95 .COMs, all years , include transfers
cjcdeal13 - 20% off on shared hosting
cjcdeal14 - $1 off anything
cjcdeal15 - $5 off $30+
cjcdeal16 - $10 off $50+
cjcdeal17 - $20 off $100+
cjcdeal18 - 15% off $75+
cjchea695 - $6.95 .COMs
cjchea10 - 10% off your order

Sumber : fatwallet 

Sila ler guna. Jangan lupa tinggalkan komen, berjaya atau tidak.

Wassalam

Blog Baru & Perpindahan Hosting Blog & Direktori Blogger Malaysia

February 8th, 2008 Posted in Pengumuman | 3 Comments »

Assalamualaikum & salam sejahtera….

Cuti Tahun Baru Cina ini agak sibuk bagi saya. Di samping ada beberapa kerja sekolah yang perlu disiapkan, beberapa rangkaian website & blog Internet Niaga Group direstructure.

Ok sebelum itu saya ingin berkongsi mengenai blog baru saya Cikgu Farizal Dot Com. Blog ini belum lagi sampai sebulan tetapi ia menunjukkan perkembang yang memberangsangkan di mana purata unique visitor sehari adalah 50. Klik pada gambar dibawah sebagai untuk melihat statistik pelawat pada minggu ini. Pelawat yang paling setia ialah Aunty :)

statcf.jpg

Betullah seperti apa yang ditulis oleh Sabri di blog Saifulsham.com. Jadi diri sendiri lebih mudah :)

Pada  cuti ini juga saya memindahkan blog & Direktori Blogger Malaysia kerumahnya sendiri. Terdapat beberapa masalah teknikal dan alhamdullillah ia berjaya diselesaikan dengan bantuan En. Alias staf staff EcommerceMastery.com. Terima kasih banyak diucapkan. Sebelum ini BloggerMalaysia.info hanya menumpang di hosting saya yang lain.

Sekarang ini terdapat sebanyak 71 blog warga Malaysia yang telah mendaftar di sana. Anda bila lagi. Kalau belum milik blog dan ingin belajar membina blog wordpress dihosting sendiri, sila lawati http://bloggingkits.com (bakal berwajah baru esok, insyaallah) .

Baiklah, sekian sahaja buat kali ini.

Wassalam

Ibnuhassim