About Me

Assalamualaikum dan salam siber…

ibnuhassim29t.jpg

Saya Mohamad Farizal B Hassim a.k.a Ibnu Hassim. Profesion sebagai pegawai pelajaran siswazah a.k.a cikgu. Tujuan saya mewujudkan blog ini adalah untuk berkongsi pandangan serta ilmu yang ada dengan masyarakat cyber. Di samping untuk menambah ilmu yang ada untuk diaplikasikan dalam profesion saya sebagai guru…

Ibnu Hassim Network adalah sebuah blog yang berkisar tentang dunia pendidikan, perniagaan, internet, perniagaan internet, motivasi, isu semasa dan sebagainya.

Ibnu Hassim Network adalah blog jenis wordpress yang dibangunkan dalam persekitaran windows XP, resolusi 1024 x 768. Ia disimpan di dalam server Internet Webhosting yang bernilai RM80 setahun untuk kapasiti 3GB dan berdomainkan Godaddy.com

Wordpress Adsense System, hasil tulisan Gobala Krishnan adalah panduan yang digunakan untuk membangunkan Ibnu Hassim Network.

Untuk memastikan Ibnu Hassim Network kelihatan sempurna, anda dinasihatkan menggunakan Mozilla Firefox sebagai browser.

Diharapkan kehadiran Ibnu Hassim Network menyemarakkan lagi dunia internet Malaysia.

Sekian, Wassalam.

Terima kasih kerana melayari Ibnu Hassim Network

“Time waste differs from material waste in that there can be no salvage. The easiest of all wastes and the hardest to correct is the waste of time, because wasted time does not litter the floor like wasted material.”

-Henry Ford