Hari Terakhir Seekor Lembu
April 20th, 2007 Posted in Duniaku Cikgu, Melayu Boleh!!!
Assalamualaikum…Hari ini seperti biasa saya keluar dari rumah sekitar jam 0630 pagi untuk ke sekolah. Sebelum ke sekolah saya perlu menghantar isteri ke sebuah Institut Perguruan di Cheras kerana beliau sedang mengikuti kursus KPLI. Teruk juga minyak kereta sejak isteri mengikuti KPLI ni. Setapak Indah-Cheras-Bangsar. Macam mana nak jimat minyak tak tahu lah.
Baru sahaja masuk MRR, jam menunjukkan pukul 6.35 pagi. Alamak! Kenapa Jamme pula ni? Saya pun memandu pelahan mengikut arus kenderaan. O… Rupa-rupannya ada kemalangan. Kemalangan membabitkan sebuah proton wira vs Produa Kembara.
KeadaanProduaKembara yang terbalik.
Selepas sahaja menghantar Isteri saya terus ke sekolah. Sampai disekolah jam sudah menunjukkan pukul 7.15 pagi.
Jeng, jeng (sound effeck skit) terpandang seekor lembu yang sedang ditambat di padang sekolah. Fus.. Dah lama tak tengok lembu sejak dok KL ni. Jarang- jarang sekali. Apatah lagi murid saya. Ada yang tak pernah tengok lembu. Kesian budak KL.

Saat-saat terakhir seekor lembu…
Jam menunjukkan pukul 8.00 pagi, maka apa yang ditakdirkan pun berlaku. Akhirnya lembu tersebut selamat disembelih. Berikut adalah turutan riwayat akhir seekor lembu.
Akhirnya, berkat kerjasama guru, ibubapa dan murid-murid, lembu tersebut selamat dihidangkan tepat jam 2.00 petang.

Kenduri ini dianjurkan oleh Panitia Agama sempena Maulud Nabi disamping mengajar mempertontonkan kaedah penyembelihan kepada murid.



















One Response to “Hari Terakhir Seekor Lembu”
By azizmansor
on Apr 21, 2007
fuuhh sempat jugak bagi lembu tu posing sebelum menghembuskan nafasnya yg terakhir yek… he he