Aku Makan Duit Haram?
April 17th, 2007 Posted in Isu Semasa
Assalamualaikum…
Masih lagi mengenai pengharaman pelaburan internet oleh majlis fatwa baru-baru ini. Antara penyelesaian yang diberikan oleh majlis fatwa adalah duit hasil pelaburan tersebut hendaklah didermakan kepada anak yatim.
Penyelesaian ini dijadikan bahan oleh pelabur-pelabur skim ini untuk membidas majlis fatwa. Kata mereka, kalau kita tak boleh makan duit haram, kenapa anak yatim boleh pula makan duit ni. Nanti semua anak yatim masuk neraka kerana makan duit ini. Sindir mereka… Puas aku memikirkan hujah untuk mematahkan hujah mereka ini.. tapi tak dapat…(Itu ler muda-muda dulu orang tua suruh belajar agama, aku nak jadi saintis. Sekarang apa pun tak de)
Lagi satu mereka juga mengatakan tidak adil jika hanya mereka yang dikatakan makan duit haram. Bagi mereka kakitangan kerajaan juga makan duit haram kerana gaji dibayar menggunakan duit dari cukai dan mungkin cukai itu adalah cukai arak atau cassino!
Ah… Tersentap jantung ku bila mendengar cemuhan ini. Aku pegawai kerajaan. Jadi selama ini aku makan duit haram. Kalau betul nampaknya aku perlu berhenti jadi cikgu. Aku tak mahu makan duit haram.Apatah lagi memberi ahli keluargaku memakan hasil sebegini. Jadi apa yang aku boleh buat. Nak berniaga diinternet nanti orang kata aku terlibat dalam pelaburan internet. Timbul fitnah lah pula. Haram tue. Lagi pun aku bukan tahu siapa pembeli? Entah-entah perompak atau kaki judi.. Duit haram tue…
Apa aku nak buat jika aku berhenti dari menjadi cikgu?
Aku teringat, ya aku teringat seorang kawan aku yang aktif melabur di swisscash dan telah berjaya membeli tanah dikampungnya (hem..mungkin dengan duit itu kot) meyarankan kepada aku supaya balik kampung dan motong getah saja kalau tak nak terlibat dengan duit haram ni.
Betul juga katanya, baik aku balik kampung dan motong getah. Biarlah dapat duit sedikit tapi halal. Bagus-bagus…
Tapi……………. Pada siapa aku nak jual getah tersebut? Seingat aku, cuma ada seorang aja peraih getah kat kampung aku. Orang itu bukan islam dan kalau tak silap aku dia terlibat dengan perniagaan arak.
Ah… kalau dia bayar duit getah aku dengan hasil araknya macam mana? Tentu haram duit tu. Jadi aku akan makan duit haram lagi. Alamak, aku tak akan dapat lari dari makan duit haram walaupun balik ke kampung.
Bagaimana pula dengan makcik dan pakcik sebelah rumah aku ini. Bermula dari pukul 4.00 petang pasangan suami isteri ini sibuk memasak lauk pauk untuk nasi lemak dan kuih-muih untuk dijual besokanya dekat dengan tempat letak kereta depan rumah aku. Sampai ke malam aku lihat pasangan ini bertungkus lumus membuat kerja. Walaupun begitu mereka tidak lupa tanggungjawab kepada agam. Pakcik aku lihat sering ke surau di waktu Maghrib. Lepas Isyak baru pulang kerumah dan menyambung kembali kerjanya..
Aku pernah lihat seorang lelaki yang aktif membeli no 4D membeli nasi lemak dari pak cik tersebut. Hati berbisik ” Mungkin duit yang digunakan oleh lelaki tersebut adalah hasil dari keuntungan 4D dia. Kesian pakcik, walaupun bekerja keras dan taat kepada perintah Illahi, akhirnya makan duit haram juga. Tempat orang yang makan duit haram adalah neraka!:(. Ohhh.. kesian pakcik.”
Susah betul nak lari dari duit haram ni. Jadi macam mana nak buat? Nak lari dah tak boleh, baik aku join sahaja skim-skim internet yang menjanjikan pulangan yang tetap tu. Haram pun haram lah.. Sama saja kalau tak join pun, dah tak boleh lari dari duit haram….
Har.. har… cetek sungguh pemikiran aku ini. Mungkin sebab aku makan duit haram kot!
Mana ada duit haram dalam dunia ini?
Islam tak pernah mengharamkan mana-mana duit. Duit haram cuma istilah yang digunakan untuk duit yang diperolehi secara haram.
Duit itu haram hanya kepada pelaku sahaja. Kalau pada orang lain ia tidak haram. Jika seorang pencuri mencuri duit dan duit tersebut dibelanjakan untuk membeli nasi lemak dari serang penjual nasi lemak maka duit itu diistilahkan haram sewaktu dia dimiliki oleh pencuri tadi tetapi tidak lagi haram sewaktu menjadi milik sipenjual nasi lemak.
Kemana perginya haram itu? Haram itu telah berpindah dari duit kepada nasi lemak yang dibeli oleh si pencuri.
Begitu juga dengan pegawai kerajaan. Hukum haram atau tidak gaji yang diperolehi adalah bergantung kepada kerja yang dilaksanakan. Jika kerja yang dilaksanakan mengikut kontark dan perjanjian yang ditetapkan makan gaji tersebut adalah halal. Jika malas kerja dan asyik ponteng tanpa sebab dan seumpamanya maka gaji tersebut adalah…. tepuk dada tanya IMAN.
wassalam…..
p.s: Untuk anak yatim tadi, fikir sendiri. ISLAM ITU MUDAH DAN INDAH…


















