Kiamat Sudah Dekat!
April 16th, 2007 Posted in Isu Semasa
Assalamualaikum….
Saya rasa sungguh pelik hari ini. Bukan pelik sahaja, malah rasa sedih pun ada. Entah mengapa saya sendiri pun tak tahu. Hendak lelapkan mata pun tak boleh. Ah.. baik saya tulis sahaja apa yang terbuku di hati dalam blog ini.
Hem.. Mungkin pemikiran rasa masih mentah atau mungkin saya tergolong dalam golongan yang ketinggalan zaman atau saya terlalu jumuk atau yang seangkatan dengannya. Entahlah saya tak mengerti semua ini.
Jumaat lalu bila saya terdengar yang majlis fatwa memfatwakan yang perlaburan internet adalah haram saya rasa amat gembira kerana itu akan menyelamatkan ramai rakan yang terlibat dengan skim begini.
Semalam hingga kehari ini banyak betul pelawat yang memasuki blog saya melalui kata kunci “pelaburan internet haram”.
Tergerak hati saya untuk melihat dikedudukan mana blog saya pada kata kunci tersebut.
Ah.. Dalam muka pertama, bagus juga keyword ini. Dalam saya mencari laman web yang berkaitan dengan kata kunci tersebut saya ketemui satu forum yang membincangkan dengan hangat topik ini. Timbul rasa minat saya untuk mengetahui lebih lanjut apa yang diperbincangkan.
Alamak teruknyer forum ini.
Hati saya terdetik… Ulamak pun ada yang berani kutuk. Oh teruk-teruk..Kalau kutukan berasas tak apa. Tetapi kebanyakkan hujah yang diutarakan kosong tanpa sandaran kepada hadith dan ayat al quran atau pun ulamak mutakbar. Dahsyat2.. Gerun rasa hati saya lalu tak jadi saya mendaftar menjadi ahli forum tersebut. Terus terang saya katakan saya tak pernah taksud kepada mana-mana ulamak sejak belajar di U dulu apabila saya menjumpai kata-kata seorang Iman 4 Mazhab yang diantara maksudnya;
Jika kamu berjumpa dengan sesuatu yang sahih dah ia bertentang dengan apa yang aku katakan, ambilah yang sahih itu dan campaklah apa yang aku katakan.
Tapi tak pernah pula saya berani menghina mana2 ulamak tak kira yang lama atau yang baru, tak kira yang muktabar atau tak kerana “tak semua ilmu sampai kepada semua orang”
Teringat saya kata-kata fai tentang forum tersebut. Memang banyak HYIP dan scam kat situ.
Tapi yang saya hairan kenapa boleh jadi begini?
Kenapa mereka berani menentang ulamak?
Adakah mereka terlalu jahil?
Adakah ini pemikiran orang moden?
Adakah mereka terlalu terdesak kerana hanya itu mata pencarian mereka selama ini?
Kenapa? Kenapa? Kenapa Jadi begini? Adakah Kiamat sudah dekat?
Wassalam.. Moga Allah mengrahmati dan memberi hidayah kepada mereka- Amin



















One Response to “Kiamat Sudah Dekat!”
By Rajablog.info
on Apr 17, 2007
Betul tu Cikgu. Moga Allah membuka hidayah kepada mereka. Itulah sebabnya ada ulama’ - ada satu main voice. Tu pun ramai yang dok bankang semata-mata dunia yang kejap.
So skang mereka akan cuma ada 2 pilihan: sayangkan Agama atau Duit?
Tapi kalau ada orang angkat tangan vote untuk dunia pun tak pelik skang. Sebabnya skang benda yang salah pun ramai yang dah buat tak kesah and buat terang2.