Aku Hampir Malu SeKLCC Hari Ini.
April 14th, 2007 Posted in Catur, Hobi
Assalamualaikum….
Hari ini satu perkara yang hampir memalukan saya hampir terjadi. Uh.. Apa tue?
Hari agak sibuk bagi saya, Sampai sahaja di sekolah jam 0715 tadi saya terus ke dewan terbuka sekolah untuk memasang labtop dan LCD bagi kegunaan guru-guru jQaf untuk Kursus Bestari solat 1.
Jam 0830 saya terus pulang ke rumah untuk meninggalkan kereta sebelum ke KLCC dengan menaiki. Saya ke KLCC bukan untuk ke PIKOM tapi untuk membawa murid saya kepertandingan catur persahabatan KL-Singapura bawah 8 tahun. Seramai 2 orang murid saya menyertainya.
Pertandingan yang berlangsung sebanyak 4 pusingan menyaksikan 29 papan dibuka, dimana 29 permain Kuala Lumpur menentang 29 permain singapura. Pasukan Kuala Lumpur memakai baju bewarna Kuning, manakala pasukan Singapura memakai baju bewarna Merah.
Terlalu jauh jurang perbezaan antara Kuala Lumpur dengan Singapura di mana pusingan pertama berkesudahan dengan Singapura menang 25-4, manakala pada pusingan ke-2 pula Kota singa sekali lagi menang dengan mata 24-5, untuk pusingan ke-3 dan ke-4 saya tak tahu berapa mata yang diperolehi kerana waktu itu saya merayau-rayau sekitar PIKOM. O… murid-murid saya datang bersama ibu masing-masing.
Apa yang menarik mengenai pertandingan yang dianjurkan sempena PIKOM ini juga menyediakan satu pertandingan dimana seorang juara Catur Dunia Bawah 7 tahun dari Singapura, Derek Lim menentang 20 pemain Kuala Lumpur. Pertandingan yang dijalankan sebanyak 2 pusingan tersebut menyaksikan Derek hanya tumpas satu papan sahaja. Hebat budak ni!

Lebih kurang jam 1730, semua perlawan telah habis, murid-murid saya pulang dengan ibu masing-masing. Jadi saya pun mengambil peluang untuk berjalan sekali lagi. Saya hanya membeli sepasang dakwat untuk printer Lexmark X5470 yang berharga RM 100.00. Jimat RM 50! Lebih kurang la.
ketika jarum jam menujukan pukul 6 petang saya pun mengambil keputusan untuk pulang kerumah. Sebelum itu saya pergi berjumpa dengan kawan-kawan yang menjadi abiter pada hari ini untuk menanyakan keputusan akhir.
Sebaik semuanya selesai, saya pun melangkah untuk pulang. Sampi di gerai terakhir yang menjual software dan buku catur saya berhenti seketika untuk bersalam dengan seorang kawan, tiba-tiba;
Cikgu, cuba main dengan budak ni. Power juga ni
Kata kawan saya sambil menunjuk budak yang duduk sambil menyusun buah catur di atas papan catur.
Ah! Budak 8 tahun, main ajer lah, lagi pun dah lama tak main. Takkan nak kalah kot.
Bisik hati saya. saya terus mengerak buah putih ke e4.

Di pertengahan permainan saya dapat merasakan tekanan yang hebat.
Hebat juga budak ni.
Pada ketika itu saya terdengar banyak suara bercakap-cakap di belakang saya. Rupa-rupanya ramai orang sedang berdiri dibelakang saya menyaksikan permainan ini.
Alamak, takkan nak kalah kot dengan budak ni. Malu aku kalau kalah ni.
Lagi sekali hati saya terdetik….. Rasa seluruh badan saya mengigil.
Pada waktu itu, buah saya hanya tinggal 2 rook, 1 queen dan 4 pawn. Manakala budak tersebut masih memiliki 2 rook, 1 queen dan 6 pawn. Masuknya dia lebih 2 pawn dari saya.

Saya menarik nafas panjang, saya tak boleh kalah dengan budak ini. Saya mengambil sedikit masa, melihat sekeliling papan catur, berfikir sambil mengharapkan handphone berbunyi untuk dijadikan alasan untuk angkat kaki.
Fuh… positioning… kedudukan buah catur masih memihak kepada saya jika saya membunuh 2 rook dan queen budak ini. Tapi macam mana.
Setelah berfikir saya pun mengatur strategi. Mula-mula saya lagakan queen saya dan queen dia. Kemudian saya lagakan 1 rook. Posisi rook budak ini yang satu lagi telah lari kerana memakan balas rook saya. Kesempatan itu saya ambil untuk membunuh 2 lagi pawnnya.
Diakhir pelawan yang tinggal hanyalah 3 pawn putih dan 2 pawn hitam.
Akhirnya saya berjaya membunuh ke dua-dua pawn hitam dan mendapatkan 1 queen. Fuhhh lega.. Menang juga aku akhirnya. Kalau tak malu seKLCC aku hari ini.

Selepas itu saya pun pergi berjumpa dengan kawan yang merekemen tadi.
Hampes ko, Aku hampir malu tadi. Power gila budak tue.
Kawan saya menerangkan, sudah 9 orang tewas dengan budak tersebut sebelum saya dan saya adalah lawannya yang ke-10 dan hanya saya seorang yang menang. Jurulatih budak tersebut adalah seorang FIDE Trainer dari Vietnam yang bertugas untuk Asean Chess Academy. Saya kenal beliau, kerana sebelum ini beliau mengajar untuk klinik catur KL.
Saya terus mendapatkan beliau dan bertanya adakah benar budak tadi muridnya.
Yes, and he win all 4 games today
Fuh.. patut le hebat. Hebat juga budak melayu dari KL ni.
Sekian, wassalam…
________________________________________________________________________________
p.s: Minggu amat sibuk dengan catur. Itu yang menyebabkan pelancaran bloggingkits.comtertangguh tu. Inysaallah dalam tempoh 48 jam akan dilancarkan. Moga tak ada halangan lagi.



















6 Responses to “Aku Hampir Malu SeKLCC Hari Ini.”
By BAGAK
on Apr 14, 2007
Amat memalukan jika kalah dgn budak.
Saya juga hampir kalah dengan budak dahulu.
Tetapi masa menyelamatkan malu saya.
Itu yang penting ada jam catur. Kalau kita kalah di papan tapi kita masih ada punyai masa (kalau pandai main masa permainan)
Kalau kalah….tidur malam pun tak lena sebab masih teringat2 pergerakan bodoh yang kita lakukan.
Tahnian bro.
By Ibnu Hassim
on Apr 14, 2007
Terima kasih Bagak…
Masalahnya main tak pakai jam… Saje2 je.. Tapi sebab ramai yang tengok tu yang susah hati tu.
By Rajablog.info
on Apr 15, 2007
oh ho. Saya plak tak berapa reti main catur. Ikut logik je. Orang cakap ada step2 dia. betul ka tu cikgu?
By Maizul
on Apr 15, 2007
Menarik ni.. nasib baik menang tapi memang power la budak tu.
By aku
on Apr 17, 2007
bagak?? dah lama ku cari.. apsal ngan blog ko?
fuh.. kalo kalah ngan bebudak memang tak puas hati…
wah.. ni perkumpulan peminat chess ke? aku dulu hantu chess gak. sekarang pon hantu gak, tapi takde member nak main.
By Azree MH
on Jul 10, 2007
Hehe. Saya pernah kalah dengan Anas dulu. Masa tu tak kenal lagi Anas tu sape. Ingat sekadar budak je. Jadi, memang main2 la masa awal tu. Last2 kalah teruk. Huhu.
Kemudian, barulah saya mula mengenali pemain-pemain chess Malaysia yang sebaya dengan saya. Johan, Fadzil Nayan, Faisal & Khairi dan lain-lain lagi.
Tapi sekarang sudah tidak berapa menumpukan sangat dalam permainan chess. :d