Terus Bercinta!

April 10th, 2007 Posted in Ulasan Buku, cinta

Assalamualaikum… Salam Sejahtera…

Cinta??? Apa itu cinta??? Pernahkah anda bercinta??? Pernahkah anda putus cinta??? Peritkah perasaan putus cinta???

Apa pula ibnuhassim melalut pasal cinta ni. Tengah mabuk bercinta ker? :)

He..he… Ingatkah anda tentang post saya yang bertajuk Buku Percuma Dari PTS Millennia.

OOooo… Macam mana anda nak ingat anda tak pernah jumpa pun blog saya sebelum ini :(

Post tersebut adalah berkaitan dengan buku percuma yang saya perolehi dart PTS Millenia.

Salah satu buku yang saya perolehi ialah buku yang bertajuk Terus Bercinta! Hari ini saya ingin bercerita sedikit tentang buku yang baru habis saya baca ini.

terusbercinta.jpg

Buku karya Ahmad Yusof Ibrahim ini adalah buku yang memberi panduan serta strategi menghadapi putus cinta. Ia mengandungi beberapa tip dan panduan yang berguna bagi menghadapi masalah putus cinta. Dilengkapi dengan tiga bahagian utama di mana bahagian pertama membahaskan beberapa panduan bagi memahami perpisahan. Bahagian kedua buku ini membahaskan panduan mengubati luka perpisahan. Bahagian yang terakhir menceritakan tentang cara-cara untuk menjadikan hidup kita lebih positif.

Apa yang menarik tentang buku ini, penulis mendedahkan realiti yang akan terjadi kepada manusia setelah berpisah dengan pasangan masing-masing. Kedukaan dan kesedihan yang kita yang kita alami perlu diganti dengan kebahagiaan dan kegembiraan. Justeru buku ini menghadiahkan pembaca cara-cara untuk merawat kedukaan itu.

Pembaca perlu mendapatkan buku ini kerana ia sarat dengan pelbagai contoh yang praktikal untuk mengatasi masalah putus cinta. Ia mampu membuatkan pembaca berfikir dan mendidik emosi pembaca agar sentiasa berfikiran positif dan berfikir ke hadapan.

Isi Kandungan

Daripada pengarang

Bahagian satu : Memahami perpisahan

Kita dapat mengharunginya
Aku boleh hidup tanpamu
Minta pertolongan daripada seseorang
Biarkan mereka membantu
Terima kenyataan
Aku bukan untukmu
Kita tidak keseorangan
Hari esok akan tiba
Kita tidak akan berduka selamanya
Kita seorang yang hebat
Ambil masa untuk mengubatinya
Kosongkan kepala
Analisa kejadian yang berlaku
Banyakkan berehat
Berkerja secara produktif
Berkongsi dengan orang yang berpengalaman
Buat jadual baru
Teruskan aktif
Kita masih belum rasional lagi
Kita tidak seaktif dahulu


Bahagian dua : Mengubati luka perpisahan

Prinsip 3T
Menangislah
Jangan menafikannya
Jaga diri kita dengan lemah lembut
Elakkan situasi yang memberi tekanan
Ingat! Kita mudah dilukai
Ambil makanan yang berkhasiat
Rasa takut itu normal
Marah itu normal
Lepaskan tekanan itu
Manjakan diri kita
Kreativiti
Fahami emosi diri
Putuskan komunikasi
Tukar nombor telefon
Pergi bercuti di tempat jauh
Guna alasan rasional
Jangan keliru lagi
Gunakan masa kita sepenuhnya
Kenal pasti sebab perpisahan
Bukan salah kita
Tampal luka perpisahan
Pulangkan barang dia
Elakkan diri daripada bejumpa
Terapi Warna
Tulis surat kepadanya
Bantuan profesional
Selamat tinggal sayangku
Sebut kuat-kuat
Ketawa
Kelilingi diri dengan benda hidup
Cuba gambarkan
Realistik Dengan Kehidupan
Sangka Baik Dengan Tuhan

Bahagian tiga : Positifkan kehidupan kita

Cuba hobi baru
Teruskan hobi lama
Hadiahkan diri kita bunga
Rancang masa hadapan
Mulakan dari sekarang
Kita lebih kuat sekarang
Puji diri kerana berani bercinta
Tingkatkan kemampuan diri
Maafkan dia
Maafkan diri kita
Kehidupan tidak akan sempurna
Kata-kata ajaib
Cari kenalan baru
Bertindak positif kepada perkara negatif
Carilah kebahagiaan
Tahniah! Kita sudah pulih sepenuhnya

ISBN: ISBN 983-3604-63-3
Penulis: Ahmad Yusof Ibrahim
Bilangan muka surat:160

Buku ini sesuai dibaca oleh mereka yang baru putus cinta dan sering kecewa dalam percintaan :)

____________________________________________
p.s: Sorry letih sangat, tak dapat menulis hari ini…..

Jom kongsi: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Netvouz
  • DZone
  • ThisNext
  • MisterWong
  • Wists
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • Fark
  • feedmelinks
  • Fleck
  • Furl
  • Spurl
  • Taggly
  • YahooMyWeb
  1. 5 Responses to “Terus Bercinta!”

  2. By karimahai MALAYSIA on May 10, 2008

    azri maaf kan aku sebab aku tlah melukakan hati ko. aku teramat sayang sangat kat ko. tapi aku x bleh mrnjadi derita azri.biler aku sedih yang gembira kan aku kan.maaf ku x bisa memilih mu.daripada: FARAH SURIA

  1. 4 Trackback(s)

  2. Apr 11, 2007: Panduan | Strategi | Teknik | This Is My VCard « www.Hasrul.net MALAYSIA
  3. Apr 11, 2007: Panduan | Strategi | Teknik | This Is My VCard « www.Hasrul.net MALAYSIA
  4. Apr 11, 2007: mdpai.com » Internet Intrepreneur vCard UNITED STATES
  5. Apr 12, 2007:   Day 5: This Is My V Card. by rammel firdaus UNITED STATES

Post a Comment