Kenapa Hendak Jadi Cikgu?
April 1st, 2007 Posted in Duniaku Cikgu
Assalamualaikum… Salam sejahtera.
Kenapa Hendak Jadi Cikgu?
Ini adalah soalan terakhir yang ditanya kepada saya sewaktu menghadiri temuduga KPLI pada tahun 2003 di Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim, sungai Petani, Kedah (Sekarang Maktab Perguruan telah dinaik taraf ke Institut Perguruan).
Bolehkah anda teka apa jawapan yang saya telah berikan?
Sudah tentu ada diantara anda yang memikiran jawapan saya adalah seperti ini,
Saya ingin menjadi guru kerana ingin mencurahkan jasa bakti saya kepada anak bangsa saya. Saya berharap saya akan terpilih memasuki kursus ini.
Atau begini…..
Saya sejak kecil lagi minat dengan profesion perguruan ini. Ini adalah peluang terbaik saya untuk menjadi guru. Saya berharap saya akan terpilih memasuki kursus ini.
Atau pun mungkin jawapan lain…..
Tetapi saya fikir tidak ramai dari anda akan berfikir saya memberi Jawapan begini.
Saya suka pergi sekolah, sebab itu saya nak jadi Cikgu.
Mungkin anda tersenyum membaca jawapan saya ini atau anda mungkin menganggap saya sahaja menulis disini sebagai cerita rekaan.
Sama ada anda percaya atau tidak, itulah jawapan yang saya berikan. Penemuduga memberi tahu kepada saya bahawa saya menjawab dengan baik soalan-soalan yang dikemukakan sebelum ini kecuali soalan ini. Beliau menyatakan bahawa saya harus menjawab seperti dua contoh jawapan saya tadi dan beliau betanya sama ada saya ingin menukar jawapan.
Saya memberi jawapan balas. Itulah jawapan saya, saya memang suka ke sekolah. Sewaktu zaman persekolahan dahulu, seingat saya sepanjang 11 tahun disekolah saya hanya tidak hadir (bukan ponteng, ponteng untuk tidak hadir tanpa sebab) 14 hari untuk sekolah rendah. Rasanya sekolah menengah tak pernah tidak hadir kot. 14 hari tidak hadir disekolah rendah adalah diakibatkan seminggu deman campak dan 7 hari lagi deman. Pernah terjadi, sewaktu saya sakit telinga, saya tetap berkeras untuk kesekolah, sebaik sahaja sampai kesekolah, sakit tadi hilang. begitu juga dengan deman. saya tak tahu kenapa jadi begitu.
Sekolah juga merupakan sumber kekuatan dan ilham saya, sebab itulah saya memilih profesion perguruan sebagai langkah pertama saya di alam pekerjaan.
Sekian. Wassalam



















4 Responses to “Kenapa Hendak Jadi Cikgu?”
By Maizul
on Apr 1, 2007
Bagus lah kalau macam tu Ibnu Hassim… kira memang dari kecil ingin menjadi seorang pendidik.
By RajaBlog.info
on Apr 1, 2007
yang kat last nie pun leh jadik jawapan tambahan jugak
By fye
on Aug 13, 2008
mmmm.. bila baca per yg di coretkan pada kaca pc ni baru aku tersedar.. sekolah mmg menyeronokkan… aku juga suka pergi ke sekolah. krana d c tu ada kegembiraan yang x akan aku perolehi d tempat lain. pernah dulu aku nyatakan hasrat untuk menjadi seorang cikgu.. tp cikgu aku memandang dengan fkerut yg seribu… budak nakal ni nk jadi cikgu? biar betul.! ketikat itu aku tidak dapat menjawab kenapa aku nak jadi seorang cikgu. hehehehe.. kini aku dah sedar. ini lah jawapan yang selama ini aku cari. doakn kejayaan aku pada 28082008 ini. mungkin aku akan jadi salah seorang manusia yang bergelar guru.
By one3rd
on Aug 15, 2008
bidang perguruan satu ibadat. Boleh dikategorikan sebagai fardhu kifayah (boleh perbetulkan saya sekiranya salah). Fardhu Kifayah merupakan salah satu konsep dan hubungan kita sesama manusia. Bidang perguruan mengajar sseorang akan melupakan kepentingan diri dan membuat amal kebajikan kepada orang lain sekalipun boleh mengorbankan diri sendiri. Mulianya guru ibarat lilin yang membakar diri demi memberi sinar dalam kegelapan. Mulia dan murninya profesion perguruan ini, ganjarannya berterusan dan menjadi bekalan di akhirat kelak, insyaAllah.