Seorang lagi Pencuri Ditangkap….
March 29th, 2007 Posted in Melayu Boleh!!!
Assalamualaikum dan salam sejahtera….
Ha… Dah pukul 3 pagi!!!! Kerja belum siap lagi. sepatutnya sejam dah siap.
Pernahkah anda mengalami masalah seperti diatas? Jika pernah kenapa? Mengapa? Dan bagaimana ia belaku? Masalah di atas merupakan salah satu masalah saya satu ketika dulu. Masalah ini sering belaku ketika saya ingin menyiapkan kerja yang berkaitan dengan internet.
Saya tahu saya mampu menyiapkan kerja saya dalam jangka masa yang singkat tetapi disebabkan kealpaan saya terhadap kerja yang saya buat, akhirnya masa saya telah dicuri. Masa yang sepatutnya digunakan untuk berehat saya terguna untuk melayari internet.
Akhirnya saya berjaya menangkap pencuri tersebut, iaitu pencuri masa.
Bagaimana masa saya masih dicuri sedangkan saya telah membuat perancangan yang teliti untuk menyiapkan kerja saya? Bagaimana? Bagaimana? Bagaimana ia terjadi……
Saya mendapati banyak masa saya hilang berkadar terus dengan banyak tertingkap yang saya buka. Semakin banyak tertingkap dibuka, semakin banyak masa saya yang hilang. Rupa-rupanya tertingkap tersebut adalah pencuri masa dalam senyap…. Bagaimana tu??? Tak paham… :confused:
Begini kisahnya bermula… sewaktu saya mula online.. saya akan membuka beberapa tertingkap secara serentak… Tujuannya untuk mempercepatkan masa saya melihat email, statistik website atau blog dan sebagainya. Saya juga membuka tetingkap untuk menyiapkan kerja saya seperti menulis dalam blog ini.
Selepas saya log out untuk email dan statistik… saya akan melayari beberapa blog atau web atau forum… tetapi pada masa yang sama saya tidak menutup tetingkap untuk email dan statistik tadi. Dan akhirnya saya akan membuka kembali email tadi secara sengaja atau tidak. kadang-kadang sampai berkali-kali saya log in kembali email yang saya sudah baca. Hem.. perkara ini menyebabkan banyak masa saya terbuang.
Bagaima saya mengatasi masalah ini? Saya akui terlalu sukar untuk mehgatasi masalah ini. Ia memerlukan fokus yang tinggi. Jadi apa yang saya boleh buat adalah. Saya memastikan selepas saya menutup akaun email saya. saya akan terus menutup tetingkap tersebut. Saya juga memastikan hanya satu tertingkap sahaja yang dibuka sewaktu saya membuat sesuatu kerja. Kalau untuk memcari bahan tak kisah lah…
Ingat… Pengurusan masa adalah penting untuk berjaya……..
oks wassalam….



















One Response to “Seorang lagi Pencuri Ditangkap….”
By hasrul
on Mar 29, 2007
setuju…