Langkah Pertama: Usah Tersesat Di Internet
March 28th, 2007 Posted in Perniagaan Internet
Assalamualaikum… salam Sejahtera,
Internet merupakan antara medium perantaraan yang terbaik ketika ini. Melalui Internet banyak aktiviti harian kita dapat dipermudahkan. Dari membaca surat khabar hinggalah membayar bil-bil. Selain itu internet juga menjadi tempat untuk berjual beli barangan… hemmm… ayat macam baca berita..
Ahad lalu, saya menemani isteri ke Sebuah Institut Pendidikan (tempat beliau belajar). Pada hari itu isteri saya dan rakan sekelasnya ditugaskan menyiapkan balapan untuk kejohanan olahraga institut berkenaan yang akan berlangsung pada 27/3/2007 hingga 29/3/2007.
Oleh kerana malas untuk pulang kerumah dan semestinya saya perlu datang semula untuk mengambilnya. Saya mengambil keputusan untuk lepak di sebuah pondok depan perpustakaan institut tersebut sambil menanda buku latihan murid saya. Sempat juga dua kelas buku yang saya tanda.
Ketika jarum jam menunjukkan hampir pukul 12.00 tengah hari, saya mengambil keputusan untuk kembali ke tempat isteri saya membuat kerja dengan harapan kerjanya sudah siap dan bolehlah kami pulang. Tapi rupa-rupanya banyak lagi kerja yang perlu disiapkanya.
Sambil menanti beliau menyiapkan kerjanya, saya duduk di tepi padang sambil mengulangkaji ebook Panduan Wordpress Dalam Bahasa Melayu.
Tiba-tiba saya disapa oleh suami kawan isteri saya. (kami berkenalan sebelum itu di sebuah majlis perkahwinan rakan isteri saya).
Setelah berbicara seketika, beliau bertanya tentang buku yang saya pegang. Saya menyatakan ini buku cara membuat blog wordpress.
Blog??? Wordpress??? Apa tue??? Boleh buat duit ke???
Soalan itu saya jawab dengan ringkas.
Beliau memberitahu yang beliau berminat untuk menjalankan perniagaan internet tetapi tidak tahu bagaimana hendak bermula. Tambahnya lagi beliau takut tertipu seperti yang terpapar pada Metro Ahad minggu sebelumnya. SAHAM NERAKA.
Saya menjelaskan kepada beliau, itu bukan perniagaan internet tetapi peralaburan interenet. Perniagaan internet hanyalah merupakan salah satu cara untuk menjana duit dari internet. Terdapat pelbagai cara lagi untu menjana wang dari internet dengan cara yang sah dan halal seperti affiliate dan google adsense.
Affiliate??? Google Adsense??? Apa tue???
Oleh kerana masa tidak mengizinkan, saya hanya memberi tahu beliau untuk mencari maklumat tersebut beliau boleh melayari http://Saudagar.com.my dan http://WangCyber.com
Sewaktu memandu pulang kerumah saya terfikir tentu ramai lagi yang keliru tentang perniagaan internet dan buat duit dari internet. Sudah tentu ramai yang akan menjadi mangsa penipuan di internet. Apa yang mampu saya buat??? Saya sedang memikirkanya………….
Baiklah… sebagai permulaan atau langkah pertama saya menyarankan kepada sesiapa yang ingin berjinak-jinak untuk mendapat pendapatan di internet perlulah mencari ilmu. Buku yang paling saya sarankan adalah buku Rahsia Buat Duit Di Internet terbitan P.T.S, Tulisan Sabri dan Syazwan, Team SaifulSham. Buku ini juga boleh dibeli secara online di bookcafe.com.my.

Untuk Langkah seterusnya, anda bolehlah menghadiri seminar……

Oks… Wassalam…



















2 Responses to “Langkah Pertama: Usah Tersesat Di Internet”
By RajaBlog.info
on Mar 28, 2007
btul tu Ibnu Hassim. Ramai yang terkeliru and dah takut-takut. Saya percaya sebab2 inilah transaction online (belian online) kat malaysia tak naik2. Orang yang baru nak kenal amatlah takut-takut utk tertipu smpaikan nak beli barang pun mungkin takut bangat bah!
By Maizul
on Mar 28, 2007
Betul tu Ibnu Hassim sape yang belum dapatkan dapatkan satu.