Penat…. Penat… Aku Sungguh Penat… Aku Nak tidur 2 Bulan
March 4th, 2007 Posted in Duniaku Cikgu
Fussss… Lega rasanya… Baru pulang dari rumah urut tadi… Eh.. rumah urut pula.. Rumah Tukang Urut…
Sebenarnya dalam 2 bulan ni… Saya terlalu sibuk… penat hanya Allah sahaja yang tahu… Rasa macam tak ada ruang untuk bernafas…
Sebagai cikgu (perrgh… cikgu penat apa… keje sekerat hari jerr)… aku diamanahkan sebagai guru kelas tahun 6, naib setiausaha sukan, guru penyelaras kelab catur(ketua), guru penyelaras PBSM (ketua), guru penyelaras PPSMI tahun 5 dan keseluruhan dan sebagai ajk-ajk lain yang mana melibatkan guru kelas….
Sebenarnya semua ini tak memenatkan jika ia tak datang serentak… Yang membuat saya berasa penat bila ada beberapa perkara datang serentak…
Awal tahun sebagai guru saya perlu menyiapkan rancangan pengajaran tahunan dan sebagainya di mana saya mengajar matematik tahun 6 untuk 2 kelas, Science untuk 1 kelas tahun 5 dan 1 kelas tahun 4, dan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan untuk 3 kelas tahun 6… kira-kira 30 waktu seminggu tak termasuk kelas ganti… Untuk tahun 6 yang bakal menduduki UPSR dan dibuat ujian pengesanan untuk mengesan tahap pencapaian mereka sebelum sebarang aktiviti berkaitan UPSR dijalankan dengan lebih intensif…
Sebagai guru kelas pula saya bertanggung jawab mengutip yuran dan memastikan kelas kemas (ni tak siap lagi, insyaallah minggu ni settel), mengisi borang kesihatan, buku kehadiran dan macam-macam lagi…..
Sebagai naib SU sukan pula… saya kena…………………..
Yang lain tu malas nak tulis kat sini…..
Alhamdullillah…. Minggu ni satu tugas penting tahunan dah hampir selesai iaitu sebagai naib SU sukan….. tahun lepas saya SU sukan tahun ni jadi naib SU sahaja… dah turun pangkat… tak der lerrr… Syukur kepada Illahi, tahun lepas seorang cikgu baru yang opsyen pjk melapor diri di sekolah… jadi dia ler yang jadi SU sukan tahun ini… walaupun pun dia kurang berbakat… bak kata partner kami yang sorang lagi (otai sukan tahunan), Tapi cikgu ni memang saya tabik sebab kerajinan dan kesabaran tahap tinggi… mungkin mewarisi bakat ayah dan ibu serta isteri beliau yang guru juga….
Semalam hari sukan telah berlangsung dengan meraihnya…. segala yang dirancang berjalan dengan baik… Maka segala penat lelah… berbaloi….. tinggal nak siapkan laporan dan nak hantar surat penghargaan kepada penaja kami….
Pulang sahaja dari sekolah, kira-kira 3.30 petang selesai sahaja solat zohor, saya terus tidur kepenatan… rasa macam tak mahu bangun, mahu rasanya hendak tidur 2 bulan…..
Mana tak penat…. Dah ler kat sekolah sibuk, biasanya pukul 5 petang baru saya pulang kerumah setelah cuba menyiapkan semua kerja, tapi tak pernah siap-siap pun, balik rumah saya terus menghadap komputer, buat apa yang patut untuk projek yang akan dilancarkan bulan Mei nanti….
Okay lah… sampai setakat ini sahaja… malam ini…. wassalam….
Oppp…. Lupa… Projek berikutnya untuk sekolah yang saya kena uruskan perkemahan pelajar (PERKOM), sesiapa yang nak sponsor boleh hubungi saya….
Sebelum tu… minggu depan 6,7 dan 8 March… bawa budak pergi pertandingan catur MSSMKL zon Bangsar….
Harap-harap lepas cuti sekolah ni… segalanya berjalan mengikut jadual…
Hemm… Rupa-rupanya cikgu kerja sekerat hari satu mitos…



















One Response to “Penat…. Penat… Aku Sungguh Penat… Aku Nak tidur 2 Bulan”
By azis
on Nov 12, 2007
memang orang sentiasa ingat keje cikgu mudah
masuk kelas mengajar je…tk susah pun
tp…hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm hampeh