Gagal Merancang = Merancang Untuk Gagal

February 19th, 2007 Posted in Melayu Boleh!!!

Assalamualaikum….

Kata hikmah ini sudah sering kita dengar. Terutamanya apabila kita mengikuti seminar atau kursus yang berkaitan dengan pengurusan.

Sudah hampir sebulan saya pulang dari Seminar RBDDI Team Saifulsham… Tapi tidak ada satu pun projek yang saya lancarkan… malah yang teruknya… blog-blog saya agak kurang diupdate… tidak seperti sebelum saya pergi keseminar…

“Teruk nyer seminar ni…sampai mendimotivasikan hang” , kata seorang sahabat seperjuangan….

Memang Seminar Team SaifulSham ini ada kesan ‘buruk’ terutama kepada orang seperti saya….

Dulu sebelum saya menyertai seminar ini… saya hanya belajar sendiri… menghabiskan duit, rasanya lebih RM1000 untuk membeli ebook, webhosting, domain, sofware dan sebagainya.

Bila saya menghadapi masalah… saya akan berhenti seketika… untuk mencari jalan penyelesaian bagi masalah projek tersebut…. dan jika saya tidak bertemu dengan penyelesaian saya akan mencuba projek lain pula…….

Jual fizikal produk saya dah cuba, menjadi reseller pun pernah, apatah lagi affilate dan adsense. (Tapi saya tak pernah melabur melalui internet)

Hanya affiliate sahaja program internet yang membuahkan hasil… Itu pun setelah saya hampir putus asa … mujur terjumpa ebook easy wordpress system oleh Gobala Krishnan…

Jadi apa kesan ‘buruk’ seminar RBDDI kepada saya???

Bila sahaja saya pulang dari seminar tersebut… berbagai idea menghujani kotak fikiran saya. Lagi teruk apabila saya pulang dari Program WebSite EXpert Team Saifulsham dan konvension alumni team saifulsham,.

Dulu tak tahu sekarang dah tahu… jadi hampir kesemua masalah yang saya hadapi sewaktu belajar sendiri dahulu kini telah terungkai….

Jadi apa pula buruknya, kalau semua masalah dah terungakai???

Kesan buruknya…Oleh kerana hampir semua masalah saya sudah selesai maka saya boleh katakan saya tahu buat semua yang saya tidak tahu dahulu tapi masalahnya…saya tak tahu hendak memulakan yang mana dulu…. sebab dalam kepala saya ada 3 model perniagaan internet yang bermain di kepala. Dan saya juga tidak mempunyai cukup masa… saya hanya ada hujung minggu sahaja untuk menjalankan perniagaan internet…. Oh… pening-pening….

Mujur saya lahir bulan May. Apa kaitan pula masalah saya dengan saya lahir pada bulan May ???

Oh.. tentu ada… Menurut ramai pakar motivasi… orang yang lahir bulan May ini mempunyai motivasi dalaman yang tinggi… jadi saya salah seorang daripadanya….. Jadi kembali kepada topik kita Gagal Merancang = Merancang Untuk Gagal…

Jadi untuk mengatasi masalah ini saya perlu berhati-hati dalam merancang projek-projek yang bermain di kepala saya ini… Saya perlukan lebih kurang seminggu lagi untuk menetapkan perancangan saya.. disamping saya perlu memastikan kerjaya utama saya sebagi cikgu berada dilandasan yang tepat….

Jom kongsi: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Netvouz
  • DZone
  • ThisNext
  • MisterWong
  • Wists
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • Fark
  • feedmelinks
  • Fleck
  • Furl
  • Spurl
  • Taggly
  • YahooMyWeb
  1. 5 Responses to “Gagal Merancang = Merancang Untuk Gagal”

  2. By Imo Imora MALAYSIA on Feb 19, 2007

    Saya pun lahir pada bulan 5 tau Ibnu Hassim. Eh.. macam sama jer masalah kita nie. :)

  3. By NayanMohd MALAYSIA on Feb 19, 2007

    assalamualaikum,

    Farizal a.k.a ibnuhassim..

    Kita mesti merancang untuk tidak gagal..sama seperti kita mengajar di sekolah, mesti ada perancangan..baru boleh ajar anak murid..

    betul tak..

    rasa2 macam saya kenal la ibnuhassim… saya Cikgu Nayan.. MPKTBR KPLI maths 2004.

  4. By Ibnu Hassim MALAYSIA on Feb 19, 2007

    Nayan,
    Betul… Memang kenal pun..

  5. By Sabri SaifulSham MALAYSIA on Feb 19, 2007

    Amboi…sedihnya saya dengar… ;)

    Apa yang saya nampak En Farizal, mcm saya kata hari tu, empayar Chess En Farizal tu boleh diberikan priority sebab byk potensi..

    Kalau En Farizal perlukan pertolongan, just emel saya k. :)

  6. By Ibnu Hassim MALAYSIA on Feb 19, 2007

    Betul tu Sabri… Sekarang kena tarik nafas dulu..

Post a Comment