Apa erti kepenatan pada anda???

February 5th, 2007 Posted in Melayu Boleh!!!, Motivasi

Assalamualaikum…….

Penat… memang sungguh penat… hujung minggu ini memang memenatkan bagi saya…Tapi penat yang berbaloi….

Teringat sewaktu saya menyertai Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES/ROTU) sewaktu belajar di Universiti dahulu…

Waktu menjalani latihan … memang terasa penat yang amat sangat… Tapi ada seorang jurulatih bertanya.. penat ke??? Tentulah penat.. dia bertanya… kenapa rasa penat??? Tentulah sebab baru lepas menjalani latihan…. Salah katanya… Jawapan itu salah…Habis apa jawapan sebenarnya……????

Kerana kamu masih hidup…. itu sebabnya kamu berasa penat… kalau kamu mati tentu kamu tak rasa penat… dalam hati saya, macam dia pernah mati….

Hemm… sama ada dia pernah mati atau tidak itu bukan persoalannya… yang penting… saya berasa penat kerana saya masih hidup hidup…. Orang hidup mempunyai banyak tanggungjawab yang perlu dilaksanakan…

Hujung minggu ini memang begitu memenatkan saya…

Bermula dari hari Sabtu saya menyertai konvensyen alumni saifulsham. Saya sampai lambat pada pagi itu sebab terlajak tidur sebab penat siapakan kerja… pukul 3.30 pagi baru
tidur…

Waktu saya sampai Sabri sedang memulakan sessi pengenalan… Ramai juga otai-otai yang datang ke majlis ini.. diantara mereka.. Shuth, Zul SmartUsaha, En. Tazilan, Kak Galadriel, Irwan Dahnill, Sham Raja Adsense dan ramai lagi…

 

Banyak perkongsian idea dan ilmu yang diberikan oleh mereka membuatkan saya berasa bertuahnya menjadi sebahagian dari keluarga team saifulsham ini… Rugi bagi sesiapa yang tidak hadir…

Hari Ahad pula, saya menyertai Program WebSite EXpert dengan team Saifulsham… dari pagi sampai petang… maklumlah orang baru.. banyak juga saya belajar dari team saifulsham hari ini…

Masalah utama saya untuk melibatkan diri dalam dunia perniagaan internet boleh dikatakan
terjawab hari ini… Apa masalah itu??? Saya tak tahu nak buat borang pesanan….

Dalam perjalanan pulang dari program tersebut… motor saya pancit pula tayar belakang… adus.. tolak… oh tidak.. saya belasah jerr sebab dah dekat dengan rumah….

Adus… Memang memenatkan hujung minggu ini.. maklumlah … orang hidup… bukan mayat hidup….

Jom kongsi: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Netvouz
  • DZone
  • ThisNext
  • MisterWong
  • Wists
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • Fark
  • feedmelinks
  • Fleck
  • Furl
  • Spurl
  • Taggly
  • YahooMyWeb
  1. 8 Responses to “Apa erti kepenatan pada anda???”

  2. By hapisol MALAYSIA on Feb 5, 2007

    takpa, biar penat/letih ketika kita masih muda,
    jgn letih ketika dah tua.
    biar susah skrg, kelak kita akan senang.

  3. By Maizul MALAYSIA on Feb 7, 2007

    Betul jugak tu… kih kih kih.. tahniah ibnuhassim dapat jumpa ngan otai2 aku pun nak gak jumpa ibnuhassim & otai2 ni insyallah..

  4. By hapisol MALAYSIA on Feb 8, 2007

    betul maizul,
    nanti kita pakat ramai2 pi jumpa mereka sambil kongsi ilmu ebiz.

  5. By RajaBLog.info MALAYSIA on Feb 8, 2007

    wah, dah kenal ramai otai rupanya :D

    so dah reti la kan nak buat form? baguslah :D

    oh ya, bleh kita tukar2 link tak? http://rajablog.info/blog :D

  6. By Mohd Sufian MALAYSIA on Feb 8, 2007

    Penat sebab menuntut ilmu tak per… :D

  7. By hapisol MALAYSIA on Feb 9, 2007

    Mohd Sufian February 8th, 2007 1:01 pm
    Penat sebab menuntut ilmu tak per…

    so, ada penat yg lain ker sufian?

  8. By paklong MALAYSIA on Feb 9, 2007

    BETOI! apa yg dia taip memang betul! almaklumlah paklong dulu roomate dia dan memang training rotu skali….
    tapi.. macamana sahabat2 kita tadi komen, penat dlm menuntut ilmu memang berbaloi…

  9. By chEekiN MALAYSIA on Mar 12, 2007

    ak msk palapes darat.penat mmg penat tp best. jrlatih tu da mcm ayah kite sndiri. dorg mmg bagus n slalu amik berat psl skuad kitorg. sj lalu

Post a Comment