Minyak Naik - Kerja Sambilan Tanpa Menggunakan Minyak!
June 8th, 2008 Posted in Isu Semasa
Assalamualaikum & salam sejahtera…
Harga Minyak Naik! Bukan sedikit pula tu. RM 0.78 bagi petrol dan RM1.00 bagi disel. Cukup untuk membuat semua orang naik minyak. Bagi yang berpendapatan rendah, sudah pasti ia amat menyiksakan. Nak tunjuk perasaan pun belum tentu kerajaan dengar. Sebagai langkah alternatifnya, kerja sambilanlah yang perlu dilakukan untuk menampung kos yang meningkat. 41% kos sara hidup bakal meningkat, jadi 40% pendapatan tambahan perlu dicari.
Jadi oleh kerana harga minyak naik, maka adalah lebih baik kita tambah pendapatan tanpa melibatkan penggunaan minyak.
Perniagaan dari rumah adalah langkah terbaik untuk meningkatkan pendapatan dengan kos yang rendah. Jika kita melakukan pekerjaan tambahan dengan bekerja diluar rumah, banyak perkara yang perlu difikirkan. Selain dari kos minyak, kos pengjagaan anak juga perlu diambil kira. RM5.00 sejam overtime jaga anak dinursery.
Jadi sememangnya langkah terbaik ialah dengan melakukan kerja dari rumah. Salah satu daripadanya adalah dengan melakukan perniagaan internet dan juga mencari duit dengan menyertai program-program yang ditawarkan diinternet seperti adsense dan sebagainya.
Jadi tepuk dada tanya selera. lainlah kalau anda mampu ubah cara hidup ![]()



















3 Responses to “Minyak Naik - Kerja Sambilan Tanpa Menggunakan Minyak!”
By Maizul
on Jun 9, 2008
Jenuh jugak nak cari 40% lagi tu. Tapi jangan kita berputus asa teruskan perjuangan.
By syia
on Jun 10, 2008
40% tu.. waaa.. kene la kumpul2 duit.. dh mule keje btui2 nanti syia.. x pkai kete la nampaknye
By Thinkerich
on Jun 14, 2008
Bila Minyak Naik 40%, usaha meningkatkan pendapatan pun kena ditingkatkan 140%..
Salam kekayaan
THINKERICH