Risiko Usahawan Info…
May 22nd, 2008 Posted in Usahawan Info
Assalamualaikum & salam sejahtera…
Tahun ni benar-benar mencabar bagi saya. Mungkin ada hikmahnya. Banyak yang saya pelajari dari cabaran itu. Jika awal tahun dulu masalah berlaku seperti yang saya tulis pada 20 May lalu. Kini saya ingin berkongsi dengan anda suatu perkara yang anda perlu tahu supaya risiko membuat duit di internet kurang.
Usahawan Info, apa tu? Usahawan info adalah usahawan yang menjual produk Panduan seperti Panduan Adsense, Panduan Ebook dan sebagainya. Biasanya produk yang dijual adalah produk digital seperti ebook, video atau MP3.
Apa risiko yang ingin saya kongsikan?
Ada dua risiko yang saya ingin kongsikan.
1. Penyedia perkhidmatan mengubah polisi atau harga.
Kadang kala kita menulis mengenai sesuai perkhidmatan seperti pengiklanan di Adword dan apabila penyedia perkhidmatan tersebut mengubah polisi dan harga mereka makan produk kita tadi sudah tak valid. Bersyukur jika kita telah memperolehi modal dari jualan sebelum ini. Bagaimana pula kalau baru nak lancar, perkhidmatan tersebut ubah harganya. Kang pening kepala
2. Penyedia perkhidmatan mengupgred versi mereka.
Ini situasi yang sering berlaku. Penyedia perkhidmatan mengupgred versi mereka. Jika pengupgerdan versi itu mengakibatkan sedikit sahaja perubahan tidak mengapa. Tetapi jika perubahan itu mengaibatkan banyak perubahan seperti yang berlaku pada wordpress versi 2.3.3 kepada 2.5. pening juga kepala memikirkanya.
Cara mengatasinya?
Tiada lain caranya, anda mesti sentiasa alert mengenai produk yang anda tulis dan sentiasa cepat mengupgerd panduan anda.
Itu sahaj untuk malam ini.
Wassalam..



















2 Responses to “Risiko Usahawan Info…”
By zool
on May 25, 2008
memang susah nak ikut.. Asik nak update je..
tapi tu lah cabarannya
By Ibnu Hassim
on Jun 8, 2008
Betul tu Zool. Itulah cabaranya