2 Perkara Yang Tak Best Tentang Program Affiliates
May 20th, 2008 Posted in Affiliates
Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Apa khabar anda semua…
Hari ini saya ingin berkongsi 2 perkara yang tak best mengenai program affiliates. Khas bagi mereka yang suka taksud kepada sesuatu syarikat.
Sebenarnya dua perkara ini saya alami dua bulan lepas.
Perkara pertama ialah sebuah syarikat televisyen satelit, hampir luput domain yang saya gunakan untuk mebina blog bagi mempromosi perkhidmatan mereka. Akhirnya berjaya lah juga kumpul lebih kurang usd $100.00. Tup-tup dapat surat dari US, surat dari lawyer syarikat tersebut yang menyatakan syarikat tersebut Bankrupt
Perkara kedua ialah, blog saya Knight Of Chess Academy, yang dibina khas untuk mempromosi produk catur dari ChessHouse.com.
Baru-baru ni chesshouse.com menukarkan perkhidmatan affiliate mereka ke shareasale.com. Sebelum ni mereka menggunakan www.assoctrac.com. Memang mudah sewaktu mereka menggunakan www.assoctrac.com ni. Boleh terus point ke laman yang kita hendak dengan menggunakan kod affiliate yang diberikan.
Tetapi selepas mereka menukarkan ke shareasale.com ni, sebenarnya tak susah sangat nak tukar kod dia. Lebih kurang sama jer dengan www.assoctrac.com tetapi masalahnya, saya ada lebih 300 link affiliate yang perlu ditukar
Itu yang tention tu. Melayang USD$300.00 sebulan aku
Tapi nasib baik ebook chess saya tak lancarkan lagi. Kalau tak lagi nanya.
Itulah risiko join program affiliate ni. Tapi biasalah , hak orang kita menumpang jer
Ok wassalam



















2 Responses to “2 Perkara Yang Tak Best Tentang Program Affiliates”
By Maizul
on May 22, 2008
300 banyak tu. Jenuh kalau nak tukar.. nak buat macam mana ye tak. Hanya jadi jurujual (affiliate) je kalau jadi bos (tuanpunya affiliate) boleh la sesuka hari tukar.
By Ibnu Hassim
on May 22, 2008
Itu lar Maizul, ingat kena buat cara lain ler pula