TAHUKAH ANDA!? - “Mailing List” merupakan lubuk emas bagi usahawan internet?

May 15th, 2008 Posted in Pengumuman, ebook

Assalamu’alaikum / Salam Sejahtera,

Seperti yang kita tahu, Mailing List, merupakan lubuk emas bagi usahawan internet. Dengan memiliki bilangan subscribers yang ramai, hasil yang diperolehi dari sesuatu produk yang dipromosi adalah tinggi. Dengan hanya 1 klik semua email promosi akan sampai ke INBOX semua penerima tetapi email tersebut seolah-olah ditulis khas untuk si penerima.

Menyedari hakikat ini, ramai usahawan internet sanggup berbelanja tinggi bagi mendapatkan  autoresponder terbaik untuk membina mailing list mereka supaya setiap email promosi yang dihantar sampai ke INBOX penerima bukan ke SPAM BOX atau BULK.

Biasanya email yang dihantar dengan menggunakan autoresponder berbayar (iaitu autoresponder yang dilanggan) akan menghasilkan pulangan yang lebih baik berbanding autoresponder percuma (iaitu autoresponder yang diinstall di dalam hosting sendiri). Email yang dihantar dengan menggunakan autoresponder percuma biasanya menghuni SPAM BOX email si penerima dan tidak dibaca oleh penerima. Ini menyebabkan mailing list tersebut tidak membawa apa-apa makna kepada pemiliknya.

Aweber.com merupakan salah satu daripada penyedia autoresponder terbaik yang sering menjadi pilihan usahawan internet. Dengan kebarangkalian lebih dari 99.34% email yang dihantar masuk ke INBOX penerima dengan pantas tidak hairanlah ia menjadi pilihan utama usahawan internet.

Walaubagaimana pun disebabkan sewa bulanan yang agak tinggi bagi mereka yang baru menceburi bidang perniagaan internet, kebanyakkan daripada mereka atau lebih dikenali dengan panggilan newbie (golongan yang baru terlibat dengan perniagaan internet) lebih suka memilih untuk menggunakan autoresponder percuma tanpa memikir jangka masa panjang.

Kenapakah Fenomena begini berlaku?

Jom kongsi: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Netvouz
  • DZone
  • ThisNext
  • MisterWong
  • Wists
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • Fark
  • feedmelinks
  • Fleck
  • Furl
  • Spurl
  • Taggly
  • YahooMyWeb
  1. 5 Responses to “TAHUKAH ANDA!? - “Mailing List” merupakan lubuk emas bagi usahawan internet?”

  2. By catzer MALAYSIA on May 20, 2008

    Yup, tp skang ni aku dah byk unsubscribe byk mailing list kekekek

  3. By Ibnu Hassim MALAYSIA on May 22, 2008

    Ho..hoo… Bijak-bijak :)

  4. By Wira MALAYSIA on Jun 12, 2008

    Aku dah subscribe….

    ibnu hassim bila nk lancarkn
    produk nih…

    skang dh 12 jun….

  5. By Ibnu Hassim MALAYSIA on Jun 13, 2008

    Insyaallah hujung bulan ni atau awal july. tengah siapakan satu lagi ebook tambahan.

  6. By zaidi AUSTRALIA on Jun 23, 2008

    tak sabar dah nak tunggu baru jer register member utk resale right tadi

Post a Comment