30 Tahun - Impian Seorang Lelaki

March 18th, 2008 Posted in Cabaran

Assalamualaikum & salam sejahtera…

idaman468.jpg

Hari ini saya ingin berkongsi sesuatu dengan anda semua. Lagi 2 bulan umur saya akan menjangkau 30 tahun. Bila rumah puluh bukan lagi digit 2 maka banyak perkara yang perlu difikirkan.

Beberapa hari ini saya asyik berfikir tentang angka 30 dan apa yang telah saya miliki sebagai seoarang lelaki.

Sebagai seorang lelaki normal pada usia ini saya sudah pasti ingin memiliki segala yang saya idamkan. Isteri, anak, rumah dan kereta.

Isteri, alhamdullillah sudah hampir 3 tahun saya memilikinya dan saya amat bahagia.

Anak, isyallah lagi 3 bulan anak saya akan menjangkau usia 2 tahun dan saya amat menyayanginya.

Kereta, walaupun bukan kereta idaman tetapi saya sudah miliki sebuah kereta seakan-akan kereta idaman saya. Dah hampir 3 tahun dah :)

Rumah, ah ini yang paling menyedihkan. Hingga ke hari ini saya masih lagi menyewa. Saya memang sedang berusaha untuk memiliki rumah idaman dan saya telah pun menjumpainya. Rumah teres 2 tingkat dengan design yang menarik dan di lokasi yang strategik dan persekitaran yang menarik.

Sudah hampir 3 bulan saya mengushar rumah tersebut yang baru siap dibina dan sabtu lepas saya pun pergi meninjau rumah tersebut dan ingin sekali saya mengetahui berapa harganya.

Saya terpadang satu iklan berhampiran kawasan perumahan tersebut dan nombor yang tertulis 400k-498k. Mak ai mahal nyer. Hampir setengah juta harga rumah idaman saya. Dengan gaji yang saya perolehi setiap bulan dan ditambah dengan gaji isteri memang saya mampu miliki rumah tersebut tetapi dengan syarat kesemua gaji tersebut digunakan untuk membayar ansuran bulanan rumah tersebut.

Adakah impian saya ini akan hanya tinggal impian? Adakah ia akan menjadi kenyataan?

Wassalam…

Jom kongsi: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Netvouz
  • DZone
  • ThisNext
  • MisterWong
  • Wists
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • Fark
  • feedmelinks
  • Fleck
  • Furl
  • Spurl
  • Taggly
  • YahooMyWeb
  1. 5 Responses to “30 Tahun - Impian Seorang Lelaki”

  2. By Maizul MALAYSIA on Mar 18, 2008

    IbnuHassim kalau area-area pekan/bandar ni rumah mak ai memang mahal. tapi kalau area2 luar bandar sikit murah kalau ikutkan harga di bandar dah boleh dapat rumah sebijik yang lebih luas tapi luar bandar sikit la.

    Kalau rumah yang dah siap ni & dah dapat CF ni harganya mahal sikit dari harga asal. Tapi kalau nak beli rumah yang baru nak bina risau jugak kalau2 terbengkalai.

    Apa-apa pun moga IbnuHassim sekeluarga dapat memiliki rumah idaman. Cantik gambar rumah tu. Kalau buat pinjaman bersama mesti boleh dapat.

  3. By Niezzam AUSTRALIA on Mar 30, 2008

    Alhamdulillah, belum umur 30, tapi dah ada famili yg bahagia, ada anak isteri, kerja yg bagus. Ada org tu, umur dh 31 masih lagi belajar, belum lagi kerja, (aku le tu) .. :)

  4. By amelia sidek MALAYSIA on Apr 3, 2008

    sebenarnya melihat rumah tu saya tahu lokasinya iatu Taman setiawangsa….samalah kita memandangkan perkerjaan kita di sekitar bandar segitiga emas tu nak buat macam mana itu adalah harganya ….namun saya berharap pemimpin yang ada sekarang mampu mengatasinya iatu membina rumah yang mampu di miliki oleh mereka yang berpendapatan cam kita…

  5. By expressbisnes MALAYSIA on Apr 8, 2008

    Ermm.. menarik tuh, mencapai angka 30 sememangnya banyak perkara yg perlu difikirkan.. siapa yg x mahu memiliki rumah impian ye tak?? Apa yang IbnuHassim impikan, semoga menjadi kenyataan.. nak beli rumah, bukan boleh main sembat je..kena pk byk fktor.. exbiz juga sdg berusaha sedaya mungkin untuk memiliki rumah sendiri (w/pun suami dah ada rumah) dan juga zuriat setelah 4 tahun membina rumahtangga.. apapun, semoga Allah permudahkan rezekiNya kepada kita semua.. Aminnn!! :)

  6. By waka on Apr 25, 2008

    hmm. umur 30,kalau nak dihitung dah lebih suku abad, tetapi dah nampak kemajuan le tu anak ade, wife ada kereta pun ade, xlama lg bole beli rumah la tu…insyaAllah ada jalannya.rumah lelong pun banyak,tp pilih2la yang bersesuaian

Post a Comment