Nak Cari Duit. Patutkah Anda Terlibat Dalam Perbuatan Tidak Beretika?
October 28th, 2007 Posted in Ranjau Internet
Assalamualaikum dan dalam sejahtera…
Selepas raya ni.. mood untuk menulis agak kurang sedikit. Mungkin sebab terlalu kenyang makan lemang kot dan ditambah pula kerja disekolah yang bertimbun menjelang akhir tahun ini. Bayak fail yang perlu dikemaskini dan banyak laporan yang hendak dihantar..
Hujung minggu ini saya melepaskan rindu dengan melawat beberapa blog dan forum antaranya forum wangcyber.com.
Ada sesuatu yang membuatkan saya marah ialah satu perbincangan yang bertajuk Exploitasi : Rajaads, Smartzul, Fai, Jebat, Bitol, Irwan
Rupa-rupanya ada manusia yang tidak bertanggungjawab menaja satu skim cepat kaya dengan menggunakan produk yang penat lelah Rajaads, Smartzul, Fai, Jebat, Bitol, Irwan dan banyak lagi penulis ebook.
Sudahlah menaja skim cepat kaya malah mengenakan harga yang murah untuk menyertainya.
Memang kita perlukan duit tetapi janganlah sesekali melakukan perbuatan tidak beretika sebegini. Ia boleh merosakan perniagaan internet di Malaysia dan merosakan reputasi usahawan internet. Di samping menginaya penulis-penulis ebook tersebut.
Moga Allah melaknati penganjur tersebut jika ia tergolong dalam golongan yang mengetahui apayang dilakukanya salah.
wassalam..
Selamat Hari Raya



















3 Responses to “Nak Cari Duit. Patutkah Anda Terlibat Dalam Perbuatan Tidak Beretika?”
By Fahmi
on Oct 28, 2007
Memang tak patutlah depa wat macam tu…Simpat kepada penulis e-book tu. Tak pasal-pasal periuk nasi kena tabur dengan pasir…
By Maizul
on Oct 30, 2007
Tak patut betul la… betul kata Fahmi tu.
By abdfatah
on Nov 8, 2007
memang tahap jahat paling gaban sekali atas muka bumi. memang patut kena balun habis-habisan orang sedemikian rupa. memang dah takder kerja lain yang hendak dibuatnya maka itu ajelah kerjanya yang dia ada…