Melayu Boleh!!! Satu Lagi Azam Tahun 2007 Aku Terlaksana..
January 29th, 2007 Posted in Melayu Boleh!!!, Perniagaan Internet
Assalamualaikum…
Melayu Boleh!!! Keyword yang menjadi cabaran WangCyber.com yang pertama, sekali lagi menyebabkan perancangan saya dipercepatkan 6 bulan… Thank You WangCyber!!!
Salah satu azam saya bagi tahun 2007 ini untuk pergi ke seminar perniagaan internet… Saya bercadang untuk mengikutinya sekitar bulan 6 nanti tetapi setelah berfikir dan merancang semula blue print saya… saya mengambil keputusan untuk hadir ke seminar RBDDI Team SaifulSham yang pertama bagi tahun 2007…
Setelah hampir 6 bulan saya mencuba segala ilmu yang saya perolehi dari membaca buku dan ebook.. dan saya rasa tiba masanya untuk saya mencari seorang mentor…
Dulu saya suka menggunakan kaedah cuba dan jaya.. sebab bagi saya kaedah cuba jaya ni lebih bermakna kerana kita belajar dari pengalaman adalah satu kaedah pembelajaran yang menarik. Jika kita gagal kita akan mendapat satu pengalaman.. dan apabila kita berjaya, kita akan mendapat satu pengalaman yang manis.. Lagi pun saya melihat kos untuk ke seminar perniagaan internet terlalu tinggi…
Tapi setelah mengira segala kos yang saya keluarkan selama ini, rupa-rupanya kaedah pembelajaran cuba jaya ini memerlukan kos yang lagi tinggi dan juga pengorbanan masa yang tinggi. Kos yang tinggi??
Ya! Kos yang tinggi… Bukan sahaja kos yang tinggi malah kebarangkalian untuk berjaya juga rendah…
Jadi, setelah berfikir panjang saya rasa adalah lebih baik sekiranya saya mempunyai mentor kalau hendak pergi jauh dalam dunia perniagaan internet ini walaupun sekadar part time..
Setelah berfikir dan merisik saya telah memilih Team SaifulSham sebagai mentor saya….
Hari Sabtu, 27 Januari lepas…. Saya adalah salah seorang peserta dalam Seminar Buat Duit Dengan Internet oleh Team SaifulSham.. Saya macam tak percaya sewaktu melangkah masuk, tepat jam 9.00 pagi terus seminar ini dimulakan… ulang, tepat pada masanya… dalam hati saya berkata” Bagus nyer budak-budak ni… menepati waktu”
Seminar yang berlarutan sampai melebihi 6 petang ini begitu mudah difahami… Banyak infomasi yang diberi dan perkongsian pengalaman oleh Sabri dan Syazwan menjadikan seminar ini lebih bermakna…
Yang menarik perhatian saya pada seminar kali ini adalah kehadiran peserta yang telah pun berjaya memperolehi pendapatan dari internet seperti Syia, Fai dan ramai lagi… Seminar ini juga turut dihadiri oleh bekas peserta seminar Derek Gehl (kalau tak silap) Kak Azian dan suami..

Bersama Sabri….
Bersama Syazwan..
Apa yang saya belajar dari mereka??
Apa lagi kalau bukan cara-cara untuk membuat duit dari internet… Kaedah yang diberikan oleh mereka adalah mudah dan murah….
Apa lagi???? Nak tahu?? Datang lah sendiri….
Bagi sesiapa yang berminat untuk memulakan perniagaan internet saya cadangan pilihlah Team SaifulSham Sebagai Mentor anda..
Wassalam…




















15 Responses to “Melayu Boleh!!! Satu Lagi Azam Tahun 2007 Aku Terlaksana..”
By syia
on Jan 29, 2007
waa..ye..ye..sgt best jumpe abg sorg ni
cikgu la kate kan..terase diri ini lembab otak je..x dpt jwp soalan team saifulsham bg.. tapi Cikgu ni leh jawap hehe
By Syazwan SaifulSham
on Jan 29, 2007
Thanx for coming to my seminar. Sy harap abg boleh capai sesuatu dlm masa terdekat. Insyaalah, saya dan Sabri akan membantu jika ada kesulitan.
By Ibnu Hassim
on Jan 29, 2007
Terima Kasih Syazwan… Insyaallah..
By Labanon
on Jan 30, 2007
A’kum
Betul ke ada jumpa fai kat sminar saifulsham?
Cuba check sini http://matzfain.com/blog-usahawan-siber/16/
Betul ke Fai ni?
PS: Tlg jawab yer
By Ibnu Hassim
on Jan 30, 2007
Waalaikummusalam..lebanon..
Betul lerr… saya dok sebelah dia… Sabri asyik dok sebut pasai CintaBahagia.com jer kat dia..
Tak Caya tanya Syia…
Syia tulis pasal seminar tue kat sini
http://1billionblogger.com/blog/mana-nak-cari-tok-guru-ye/
By hapisol
on Jan 31, 2007
syabas, anda telah membuat keputusan dan pelaburan yg bijak. semoga anda dpt praktikkan ilmu yg diperolehi.
buat masa skrg, saya baru menjadi bekas peserta dr irfan khairi. insyaAllah, jika ada rezeki kelak, saya akan menjadi peserta team saifulsham pula.
ok?
By Ibnu Hassim
on Jan 31, 2007
Ok ler tue.. Hapisol…
Saya pun teringin gak nak gi seminar Dr Irfan… Tapi baget tak cukup lagi….
Ingat nak gi semua seminar yang yang ada kat Malaysia nie..
By Maizul
on Jan 31, 2007
Ibnu Hassim cikgu ke?
By Ibnu Hassim
on Jan 31, 2007
Ya Maizul…
By Imo Imora
on Feb 25, 2007
Tahniah Ibnu Hassim. Sedap perut ibu mengandung.. he2.
Ibnu Hassim.. saya nak tanya, camner contact form tu Ibnu Hassim punya ok yea?
Ibnu Hassim pakai plug in yang mana? Leh berkongsi dengan saya?
By Ibnu Hassim
on Feb 25, 2007
Imo Imora, Check Email
By cikgu azleen (Tokei Jamu)
on Feb 25, 2007
Congrats.. nice theme.. buat sendiri ke??
By Imo Imora
on Mar 1, 2007
As’kum Ibnu Hassim..
Saya nak guna contact form Ibnu Hassim x boleh la. Adakah sebab IE saya ni?
Cuba Ibnu Hassim cek tengok..
By Ibnu Hassim
on Mar 1, 2007
oks jer saya tengok Imo Imora..
By Maizul
on Mar 4, 2007
Teruskan usaha Ibnu Hassim… jangan putus asa.