Semangat Yang Hilang 2 | Kenapa Ramai IM Muda Mudah Hilang Semangat?

August 27th, 2007 Posted in Melayu Boleh!!!, Motivasi

Assalamualikum dan salam sejahtera..

Hemm… Semangat yang hilang lagi. Tak habis-habis dengan semangat yang hilang. Apa?Ibnuhassim tengah tak ada semangat ker?

Ok.. Hari ini kita lihat kenapa ramai usahawan internet muda mudah hilang semangat. Kita sering dengar di awal penglibatan seseorang itu dalam perniagaan internet, semangatnya umpama api yang membakar hutan rimba, kalau setakat 10 biji kereta bomba pun belum tentu mampu memadamkanya. Tetapi lama ke lamaan semangat itu pudar dan akhirnya umpama api lilin di atas kek sambutan hari jadi. Di hembus sedikit terus terpadam… Kenapa perkara sedemikian sering terjadi?

Apa yang saya lihat, sebab utama ialah, ramai yang melihat perniagaan internet sebagai suatu kerja yang mudah. Jadi apa bila ada masalah sedikit. Semangat akan hilang sedikit. Bertambah masalah bertambahlah ke hilangan semangat dan akhiranya website tinggal website. Blog tinggal blog….

Sebab yang ke-2 adalah melakukan semua kerja bersendirian atau nak buat semua. Apa bila kita hendak buat semua, maka banyak lah masalah yang timbul. Bila banyak masalah timbul maka semangat pun mula hilang.

Sebab yang ke-3 pula adalah melakukan secara sambilan. OOO… ini bukan bermakna saya minta anda berhenti kerja jika ingin terlibat dalam perniagaan internet. Saya pun melakukanya secara sambilan. Kenapa melakukan secara sambilan merupakan salah satu faktor penyebab kenapa IM muda mudah hilang semangat. Sebenarnya ia tidak terlibat dengan sambilan atau tidak. Yang menjadi masalah ialah perniagaan tersebut tidak dilakukan dengan bersungguh kerana si pelaku menganggap jika gagal pun dia masih boleh hidup!

Sebab yang ke-4 ialah, orang di sekitar tidak memahami. Sebab ini memang merupakan masalah utama kepada IM muda terutama bagi mereka yang baru menamatkan pelajaran di universiti (Extend pulak tue!) ingin menjadikan perniagaan internet sebagai sumber pendapatan utama. Ibubapa mana yang sanggup melihat anaknya 24 jam dalam bilik. Dan orang kampung pula asyik bertanya.. “Anak habis U tu buat keja apa?”…

Hu… Memang banyak alasan jika hendak diberikan. Dan sesungguhnya orang yang banyak mencipta alasan adalah orang yang akan gagal………. Mudah-mudahan kita tidak tergolong dalam golong yang suka memberi alasan..

Baiklah setakat ini sahaja untuk pagi ini…. Nanti kita bincang pula bagaimana untuk …. GOOOLLLLL, man utd 1, Nani first goal for United in premier league….

Opss sorry telajak lak.. Tulis sambil dengar MUTV Online.. 

Baiklah…Nanti kita sambung lagi

Wassalam…

sign.jpg

Jom kongsi: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Netvouz
  • DZone
  • ThisNext
  • MisterWong
  • Wists
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • Fark
  • feedmelinks
  • Fleck
  • Furl
  • Spurl
  • Taggly
  • YahooMyWeb
  1. 5 Responses to “Semangat Yang Hilang 2 | Kenapa Ramai IM Muda Mudah Hilang Semangat?”

  2. By ramzy0 MALAYSIA on Aug 27, 2007

    buat kerana wang semata-mata. minat seharusnya di’first’kan, wang akan menyusul kemudian..

  3. By ibnuhassim MALAYSIA on Aug 27, 2007

    Ya betul Ramzy0…
    Utamakan minat sebelum wang. kalau tak minat jangan buat..

  4. By zaidi MALAYSIA on Aug 31, 2007

    saya baru menceburi IM ni sejak Julai lalu.Sekarang dlm fasa utk meminati bidang ni. Byk perkara perlu belajar

  5. By Ibnu Hassim MALAYSIA on Aug 31, 2007

    Good Luck Zaidi

  6. By abdfatah MALAYSIA on Sep 1, 2007

    takder minat takder duit laa jawabnya. kemahiran pun kena ada…

Post a Comment