Mungkin Bukan Rezeki Aku lagi

January 28th, 2007 Posted in Affiliates, Melayu Boleh!!!

Hujung bulan ini genaplah 3 bulan aku menyertai program affiliate chesshouse.com. Postal Money Order untuk bulan pertama bernilai usd109.24(10% dari hasil jualan) telah selamat aku terima pada 18 Disember 2006 yang lalu. Aku amat gembira ini kerana pendapatan pertama aku dari program affiliate…

Ini adalah laporan jualan yang membolehkan aku mendapat komisen tersebut.

Aku cuba tunaikan di sebuah bank di Bangsar… Tapi malangnya selepas 4 minggu aku menunggu… Panggilan dari bank tersebut menyatakan ‘Check’ aku tak boleh ditunaikan kerana “negotiable only in the U.S and possessions“. Perkataan ini tertera di depan Postal Money Order tersebut. Sedihnyerr aku… Macam mana lerr kerani bank tu boleh terima….

Aku telah pos kembali Postal Money Order kepada pihak Chess House. Aku juga telah menghantar email kepada mereka dan meminta mereka membayar komisen bagi bulan Disember melalui akaun PayPal (mereka menawarkan bayaran komisen melalui paypal/check), tapi malangnya sampai sekarang tiada balasan. Yang menyedihkan lagi komisen untuk bulan Disember yang sepatutnya dibayar pada 5 Januari 2007 juga tidak dibayar… sedih-sedih…. Dah ler komisen tue lagi banyak…

Direct Refund tu maksudnya potongan harga diskaun barang yang dibeli..

Adakah mereka hendak menipu aku… entahlah… apa-apa pun aku doakan semoga Allah memberi hidayah kepada mereka.. Amin..

Walaupun sedih… aku dapat membukti sesuatu…iaitu dengan menggunakan wordpress dan hosting berbayar hasil yang diperolehi lebih baik…

Tujuan aku menulis post ni adalah untuk memenuhi janji dalam post http://ibnuhassim.com/6/aku-terangsang-dengan-melayu-boleh/

Jom kongsi: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Netvouz
  • DZone
  • ThisNext
  • MisterWong
  • Wists
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • Fark
  • feedmelinks
  • Fleck
  • Furl
  • Spurl
  • Taggly
  • YahooMyWeb
  1. 3 Responses to “Mungkin Bukan Rezeki Aku lagi”

  2. By syia MALAYSIA on Jan 28, 2007

    waa.. agaknya pihak chess tu tak sure cam mana nk buat pembayaran tu yg dorg x bayar lagi kut. x rasa kene tipu sebab check pertama sampaikan?jgn riso insyallah akan dapat punye duit tu. doa byk2 ye :)

  3. By eches UNITED KINGDOM on Feb 1, 2007

    sy rasa ambik masa kot namk setelkan semua tuh..ermm jual barang2 pasal chess nih pasal saudara minat main chess ke?

  4. By Ibnu Hassim MALAYSIA on Feb 1, 2007

    Betul tue… Semalam dah dapat bayaran untuk bulan November tue….

Post a Comment