Pekerja Jutawan Mesti Bermula Dengan Pekerja Cemerlang

May 17th, 2007 Posted in Melayu Boleh!!!, Pekerja cemerlang

Assalamualaikum dan Salam sejahtera…

Misi menjadi pekerja jutawan adalah misi yang saya ingin lakukan. Bila datelinenya? Akan diberi tahu dalam masa 2 hari lagi.

Sebelum saya menumpukan usaha untuk menjadi pekerja jutawan adalah lebih baik saya berusaha menjadi pekerja cemerlang dahulu. Kerana itu adalah yang lebih utama, saya dibayar untuk bekerja jadi saya perlu menumpukan perhatian kepada pekerjaan saya dahulu. Kalau tidak nanti orang akan kata, dia tu jadi jutawan pun tak berkat, kerja sebenar tak buat pun.

Memang betul apa yang dikata oleh orang itu. Ingat kita perlu utamakan kerja utama kita dahulu sebelum mencari pendapatan sampingan.

Menjadi pekerja cemerlang adalah landasan terbaik untuk menjadi pekerja jutawan. Bagaimana untuk menjadi pekerja cemerlang? Itu sesuatu yang harus difikir dengan teliti.

Menjadi pekerja cemerlang bukan beerti menjadi pekerja yang mendapat anugerah cemerlang tahunan tetapi pekerja cemerlang adalah pekerja yang dapat melakukan semua tugas yang diberikanya dengan cemerlang dan sentiasa bermotivasi tinggi walaupun tak dapat anugerah cemerlang.

Jadi buat masa sekarang saya akan menumpukan dan mencari tip-tip serta menimba ilmu bagaimana cara menjadi pekerja cemerlang yang sebenar. Mungkin blog Hapisol dapat membantu saya mencapai matlamat ini.

Sekian, wassalam..

sign.jpg

Jom kongsi: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Netvouz
  • DZone
  • ThisNext
  • MisterWong
  • Wists
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • Fark
  • feedmelinks
  • Fleck
  • Furl
  • Spurl
  • Taggly
  • YahooMyWeb
  1. 4 Responses to “Pekerja Jutawan Mesti Bermula Dengan Pekerja Cemerlang”

  2. By mawardee MALAYSIA on May 18, 2007

    Betul, kita harus jadi pekerja yang cemerlang. Saya setuju dengan pendapat awak tentang pengertian pekerja cemerlang. Bagi situasi awak,guru-guru sekarang ni pun, tak semua yang betul2 menjalankan tugas, walaupun mereka takderlah kerja sampingan yang lain.
    & antara cabaran besar pekerja jutawan yang mempunyai kerja sampingan adalah, membahagikan masa antara kerja tetap & kerja sampingan, supaya ada balance yang sepatutnya. tak kiralah samada 50%-50% atau 30%-70%. asalkan tak ada yang terabai begitu saja. atau apa pendapat awak?

  3. By Ibnu Hassim MALAYSIA on May 18, 2007

    Betul tue mawardee, saya amat bersetuju dengan pendapat awak

  4. By Imo Imora MALAYSIA on May 18, 2007

    Ya.. jika kerja tidak cemerlang usah bermimpi ingin menjadi jutawan :-) .

  5. By batagolek MALAYSIA on May 18, 2007

    thanks di atas ucapan hari guru tempoh hari..sori saya tak perasan until today…cikgu…di mana skarang ? hadiah mesti dapat banyak ni ;)

Post a Comment