Selamat Hari Guru

May 16th, 2007 Posted in Duniaku Cikgu

Pagi tadi, kelas ku bermula pada jam 0740, mata pelajaran matematik, tahun 6 Tekun (Kelas saya sendiri)

Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam kelas, seperti biasa, ketua kelas memberi arahan supaya semua murid bangun,

Sebaik semua berdiri dengan betul, aku pun memberikan ucapan salam kepada semua murid.

Mereka menjawab secara serentak…

    Waalaikummusalam cikgu… Selamat Hari Guru, Cikgu.

Tersentuh juga aku, murid-muridku mengucapkan selamat hari guru. Walau pun murid-muridku kurang pintar (kelas no-2 hujung), tetapi aku tetap bangga dengan mereka. Walaupun pada awal tahun dahulu aku hampir menjual kelas ini sebab sikap entah apa-apa.

Tetapi.. setelah berjaya membentuk ketua kelas (budak yang paling nakal) menjadi ketua yang baik ( lupa pula, budak ni juga merupakan ketua pasukan bola sekolah dan terpilih mewakili KL bersama dengan seorang lagi rakan sekelas yang akan bertanggungjawab sebagai penjaga gol KL) aku rasa begitu sayang akan kelas ini. Tambahan pula makin hari, makin ramai guru yang mengajar kelas memuji mereka. Hari ini tak larat nak dengar mereka dipuji kerana tidak lupa mengucapkan selamat hari guru.

Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan selamat hari guru kepada semua guru di mana berada terutama guru-guru aku dahulu, dari tadika Masjid Ihsaniah, Kupang, SK Kupang, SMK Syed Abu Bakar, SMK Baling, SMK Sultan Badlishah, Kulim ( aku dok sini 3 bulan jer, tunggu masuk matrik), KMK, Kulim, PP Sains Kimia, USM, Pulau Pinang. MPKTBr, Kuala Terengganu (sekarang IPKTBR)

Dan tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada yang terdahulu mengucapkan Selamat Hari Guru kepada aku, iaitu Fai, JimieRay dan Raja Blog.

Dan di kesempatan ini juga aku ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada rakan-rakan guru IM seperti Maizul, Nayan, batagolek, jebat, Cikgu Nunu dan Cikgu Azleen. Dengan ucapan semoga menjadi guru yang hebat!

hariguru.jpg

Kad ucapan pertama yang diperolehi semalam, ingatkan kena saman waktu parking kat masjid, lihat ada kertas terselit kat viper, rupanya anak murid belajar agama kat situ. Hari ini dapat lagi 5 kad dan sedikit hadiah. Sekolah ku akan menyambut Hari Guru pada 25 Mei nanti. Dapat hadiah lagi kot :)

Sekian, Wassalam
sign.jpg

Jom kongsi: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Netvouz
  • DZone
  • ThisNext
  • MisterWong
  • Wists
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • Fark
  • feedmelinks
  • Fleck
  • Furl
  • Spurl
  • Taggly
  • YahooMyWeb
  1. 8 Responses to “Selamat Hari Guru”

  2. By ramzwatcher MALAYSIA on May 16, 2007

    wah, bleh tahan ye..dapat surat selamat hari guru kat kete lak tu… :D

    and thanks a lot cikgu sebab mendidik anak bangsa . Hanya Allah yang boleh membalasnya ;)

  3. By abdfatah MALAYSIA on May 16, 2007

    haha… itulah cikgu yang budiman namanya. cikgu yang baik dengan murid2nya. cikgu contoh teladan.

    selamat hari guru, cikgu.

  4. By Imo Imora MALAYSIA on May 17, 2007

    Saya tengok surat tu pun dah rasa sebak.. teringat pada cikgu masa sekolah2 dulu.

    Selamat Hari Guru Ibnu Hassim :)

  5. By kasyah MALAYSIA on May 17, 2007

    Bro..maafkan saya terlambat nak wish. Selamat Hari Guru. Banyak dapat hadiah dari anak murid?

  6. By Maizul MALAYSIA on May 17, 2007

    Selamat Hari Guru ibnu hassim.

  7. By Ibnu Hassim MALAYSIA on May 17, 2007

    Terima kasih Maizul, Kasyah, Imo Imora, Abd Fatah, Ramzwatcher,
    Selamat Hari Guru

  8. By Cikgu Nayan MALAYSIA on May 18, 2007

    Selamat Hari Guru Cikgu Farizal…

  9. By Eyda MALAYSIA on Apr 29, 2008

    SELAMAT HARI KEPADA SEMUA GURU DI MALAYSIA

Post a Comment