Knight Of Chess Academy Rebuild

May 1st, 2007 Posted in Affiliates, Catur, Melayu Boleh!!!, Motivasi

Assalamualaikum/ Salam sejahtera…

Oh.. Hari ini dah masuk 1 Mei rupanya. Maknanya hari ini hari pekerja. Jadi di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari pekerja kepada semua yang bekerja. Kepada yang menganggur, saya doakan semoga cepat mendapat kerja.

Tetapi jangan jadikan kerja makan gaji sebagai pilihan utama. Banyak lagi sumber rezeki di bumi Allah yang luas terbentang ini. 9 dari sepuluh rezeki itu datang dari perniagaan. Kalau malu nak berniaga ditepi jalan, berlajarlah berniaga d internet. Tetapi sebelum itu belajarlah dulu selok belok perniagaan internet dengan menghadiri seminar-seminar yang dianjurkan oleh usahawan internet Malaysia seperti Dr Irfan Khairi ataupun Team SaifulSham.

Jangan cuba untuk belajar sendiri. Bukan tak bagus belajar sendiri tetapi dengan kepesatan perkembangan ilmu, apa salahnya keluarkan sedikit modal untuk berguru kerana belajar tanpa guru ibarat belajar dengan syaitan, itu yang menyebabkan ramai yang tersesat di internet dengan terjebak dengan Skim Cepat Kaya dan program SCAM yang lain.

Ok itu sahaja nasihat saya… Em.. Apa perancangan saya bermual 1 Mei ini?

Ooo.. Bermula pagi esok, saya akan peruntukan 2-3 jam setaip hari untuk membangunkan semula Knight Of Chess Academy. Blog ini sebenarnya baru 50% siap, saya tak dapat menyiapkanya kerana terlalu letih, maklumlah belajar sendiri. Itu yang saya nasihatkan pada sesiapa yang nak berniaga di internet, baik berguru dahulu.

Jadi selepas pulang dari seminar Team SaifulSham bulan januari yang lalu saya rasa lebih yakin untuk berjaya di internet kerana setiap kali ada masalah saya terus sahaja menghantar email kepada Team saifulsham dan jawapan mereka benar-benar seperti yang saya harapkan.

Berbalik pada Knight Of Chess Academy seperti yang disasarkan oleh mentor saya, iaitu USD500 sebulan. Maka saya akan berusaha untuk mencapai seperti yang diharapkan. uhh..bagaimana tu?

Untuk mencapai sasaran itu saya telah mengubah Plan 30 hari saiful sham yang tidak pernah gagal menjadi satu plan mengikut kehendak saya sendiri. Maka dengan ini saya memperkenalkan modul saya sendiri yang diberi nama Modul Affiliates.

ebookma.jpg

Klik pada buku untuk memiliki cara mudah membuatnya

Saya mengambil masa yang agak lama untuk melakar modul ini. Dan sekarang tiba masanya untuk saya mengujinya pada Knight Of Chess Academy. Adakah saya mampu menjana USD500 sebulan dengan pakej ini. Kita tunggu dan lihat.

Buat masa sekarang Knight Of Chess Academy hanya mampu menjana sekitar USD 100 sebulan. Dan wang tersebut kesemuanya saya gunakan untuk menambah ilmu dalam bidang perniagaan internet khususnya program affiliates dan blog.

Untuk bulan ini Knight Of Chess telah menjana USD 134.63 hingga ke hari ini.

chesssss.jpg

Jadi mulai pagi besok. Empayar Knight Of Chess Academy akan bermula… Proses pertama adalah pemilihan themes yang sesuai. Segala proses pengujian dan pengubahsuain themes akan dilakukan di makmal Knight Of Chess Academy.

Sekian sahaja buat kali ini. Untuk mengikuti perkembangan mengenai projek Knight Of Chess Academy Rebuild, selalulah lawat blog ini.

Sekian, wassalam…

Jom kongsi: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Netvouz
  • DZone
  • ThisNext
  • MisterWong
  • Wists
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • Fark
  • feedmelinks
  • Fleck
  • Furl
  • Spurl
  • Taggly
  • YahooMyWeb
  1. 4 Responses to “Knight Of Chess Academy Rebuild”

  2. By Mohd Sufian MALAYSIA on May 1, 2007

    Menark tu. Banyak yang boleh dikongsikan. :D

  3. By zahiramli MALAYSIA on May 1, 2007

    selamat berjaya

  4. By Mohd Fahmi MALAYSIA on May 30, 2007

    Berusahalah! Saya akan nantikannya!

  1. 1 Trackback(s)

  2. Jun 7, 2007: Apa Khabar Knight Of Chess Academy? | Ibnu Hassim Network | IbnuHassim.com MALAYSIA

Post a Comment