Serlahkan Keunikan Anda Di Internet!

April 30th, 2007 Posted in Affiliates, Melayu Boleh!!!

Assalamualaikum , Hai..

Apa khabar anda hari ini? Moga sihat hendak-Nya.

Sebenarnya saya tidak menyangka tulisan saya di blog ini yang bertajuk Siapa Aku Di Internet telah mencuit hati beberapa raja blog dan penggila. Power juga tulisan saya rupanya :)

Tujuan saya menulis artikel itu adalah untuk menilai diri sendiri. Kekurangan yang ada pada diri. Di samping itu saya juga mengharapkan tulisan itu dapat memberi saya ilham untuk mendapatkan niche terbaik untuk blog Ibnu Hassim Network ini. Tetapi sekarang blog ini masih belum mempunyai nichenya lagi.

Kenapa niche penting?

Niche menunjukkan keunikan kita. Menunjukan kelainan kita dari orang lain. Dengan kelainan itu kita akan mudah diingati di internet.

Jadi apa yang perlu kita buat adalah mencari niche atau keunikan kita dan serlahkan ia di internet. Blog merupakan medium yang terbaik untuk kita menyerlahkan keunikan kita.

Kenapa?
Ini kerana blog membolehkan kita menulis sesuatu yang unik tentang kita dengan mudah. Ia juga boleh dijadikan medium untuk kita meningkatkan kredibiliti bagi keunikan kita. Dengan menulis di blog ramai pembaca akan membaca kita dan ini memudahkan kita untuk menjana pendapatan dari blog.

Bagaimana?
Apabila kita sudah berjaya menyakinkan pelawat tentang kemahiran kita maka sudah tentu mereka tidak akan ragu-ragu lagi untuk membeli produk yang kiat jual berkaitan dengan keunikan kita tadi.

Jadi apa tunggu lagi, miliki blog, serlahkan keunikan anda di internet dan buat duit dengannya.

sekian wassalam…

Jom kongsi: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Netvouz
  • DZone
  • ThisNext
  • MisterWong
  • Wists
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • Fark
  • feedmelinks
  • Fleck
  • Furl
  • Spurl
  • Taggly
  • YahooMyWeb

Post a Comment