Kawan Punya Kawan Punya Kawan Punya Kawan Punya Kawan

April 29th, 2007 Posted in Perniagaan Internet

Assalamualaikum… Salam sejahtera..

Apa khabar anda semua? Apa khabar kawan-kawan anda? Apa Khabar kawan-kawan ada punya kawan-kawan?

Berapa banyak kawan da?

Teringat saya satu ketika di radio erra.fm( kalau tak silap) ada iklan yang lebih kurang bergini;

Tolong bagi tahu kawan kamu suruh ajak kawan dia sekali datang. Jangan lupa bagi tahu kawan kamu punya kawan suruh ajak kawan kamu punya kawan datang sekali, dan jangan lupa…..

Tahukah anda yang kawan anda mempunyai kawan yang anda tidak kenal? Dan kawan yang anda tidak kenal itu juga mempunyai kawan yang anda lagi tidak kenal?

Sudah tentu tahu. Takkan soalan bodoh macam ni pun nak tanya! Marah si Abu bila ditanya soalan begini.

Adakah anda terfikir apa yang saya fikir? Apa yang kamu fikir? Lagi sekali Abu mengegil biji matanya.

Apa yang saya fikir ialah macam mana nak suruh kawan saya suruh kawannya beli dari saya. Dan kawan yang beli itu suruh kawan dia beli dari saya tanpa perlu saya memberi apa-apa kepada kawan saya atau kawan saya punya kawan.

Kalau guna viral marketing kita kena bagi upah.

Kalau guna affiliates kita kena bagi komisen pulak.

kalau bagi reseller right kita tak dapat apa-apa

Jadi macam mana? Apa caranya? Ada atau tiada?

Dilemma aku, dilemma seorang yang tamak.

sekian,wassalam

Jom kongsi: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Netvouz
  • DZone
  • ThisNext
  • MisterWong
  • Wists
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • Fark
  • feedmelinks
  • Fleck
  • Furl
  • Spurl
  • Taggly
  • YahooMyWeb
  1. 3 Responses to “Kawan Punya Kawan Punya Kawan Punya Kawan Punya Kawan”

  2. By adila MALAYSIA on Apr 29, 2007

    Hai Ibnu Hassim,
    Wah, macam pelaburan internet pulak kan…
    biasa mereka akan gunakan trick yang sama macam ni..

    “kawan kepada kawan saya tu dah dapat keuntungan yang berganda-ganda….bla…”

    kalau nak suruh kawan kepada kawan kepada kawan tu beli jugak….suruh la dia buka dan layari blog ni..:)

    Tak celik IT, Makan hati?- best ayat tu..Terima Kasih

    Celik IT, Tak makan Hati
    http://www.shahdila.com

  3. By abdfatah MALAYSIA on Apr 29, 2007

    adesh… berapa banyak kawan kepada kawan-kawan daa….

    kawan adik beradik saya…
    kawan sepupu saya…
    kawan kepada kawan adik beradik saya…
    kawan-kawan kepada saudara mara saya…

    dah banyak tu kawan-kawan yang ada…

    kalu produknya mereka berpuashati, perkhidmatan yang cemerlang sudah tentu ramai yang akan kembali kepd kita. apatah lagi disebut-sebut dan disebut setiap masa.

    tak payah bayar apa-apa…

    masalahnya nak kena bayar ker? kalu tak bayar tak boleh?

  4. By Ibnu Hassim MALAYSIA on Apr 29, 2007

    AbdFatah,
    Tak semua orang akan promote perkhidmatan/produk kita secara percuma walaupun perkhidmatan/produk kita bagus.

Post a Comment