RM500 untuk 1000 kegagalan

January 16th, 2007 Posted in Motivasi

Sanggupkah anda membayar RM500 atau lebih untuk 1000 kegagalan? Tak sanggup?

Kalau tak sanggup, RM 100 untuk 100 kegagalan?

Tak sanggup? RM 1 untuk 1 kegagalan?

Tak sanggup lagi????

Memang tiada orang yang sanggup untuk membayar walaupun 1 sen jika dia tahu di akhirnya hanya kegagalan yang diperolehi. Tapi…..

Apa itu kegagalan?

Kegagalan bermaksud tidak berjaya. Jika kita tidak berjaya mencapai sesuatu itu bererti kita gagal. Betul ke?? Sebenarnya salah. Gagal membawa maksud yang berbeza pada setiap manusia. Jika seseorang itu mempunyai fikiran yang positif, maka dia akan menganggap kegagalan itu cuma satu proses pembelajaran untuk mendapat kejayaan yang lebih cemerlang.

Bagaimana kegagalan terjadi?

Kegagalan hanya terjadi apabila kita ingin melakukan sesuatu. Jika kita tak pernah mencuba untuk melakukan sesuatu, maka kegagalan tidak akan terjadi. Kegagalan juga berlaku bila kita terpaksa melakukan sesuatu dan kita tidak bersedia. Sebagai contoh, kita terpaksa menduduki peperiksaan dan kita tidak bersedia.

Apakah kegagalan berguna?

Kegagalan amat berguna kepada sesiapa yang tahu menghargainya. Tetapi bukan semua jenis kegagalan berguna. Jika kita gagal disebabkan sikap kita yang malas berusaha memang ia tidak berguna kalau kita tidak insaf.

Apakah yang dimaksudkan dengan kegagalan yang berguna?

Kegagalan berguna adalah kegagalan yang terjadi apabila kita berusaha melakukan sesuatu seperti berusaha untuk mengubah nasib kita. Apabila kita gagal, kita berusaha dan terus berusaha sehingga berjaya.Terdapat begitu banyak contoh-contoh manusia yang berpuluh-puluh kali menemui kegagalan. Ada juga yang beratus kali gagal malah ada yang beribu kali gagal baru mengecapi kejayaan. Berapa kali kita gagal?

Bolehkah kegagalan dielak?

Ya! Kegagalan boleh dielak atau pun paling kurang kegagalan boleh dikurangkan. Bagaimana caranya? Kegagalan boleh dielak atau dikurangkan dengan belajar dari mereka yang telah berjaya. Sebenarnya orang yang telah berjaya, telah pun banyak kali gagal. Jika anda belajar dari orang yang sudah 1000 kali gagal sebelum berjaya maka anda sebenarnya sudahpun gagal 1000 kali gagal. Dan ini juga bermakna anda telah pun berjaya mengelak dari 1000 kali gagal. Tapi malangnya tidak semua orang yang berjaya mahu mengajar secara percuma. Mereka mungkin mengenakan sedikit “pengeras” untuk membuka cerita kegagalan mereka. Mungkin RM100, RM300, RM 500 atau RM 800. Tapi itu adalah berbaloi untuk apa yang telah mereka alami.

Jadi, sanggupkah anda membayar RM500 atau lebih untuk 1000 kegagalan?

Jom kongsi: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Netvouz
  • DZone
  • ThisNext
  • MisterWong
  • Wists
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • Fark
  • feedmelinks
  • Fleck
  • Furl
  • Spurl
  • Taggly
  • YahooMyWeb
  1. One Response to “RM500 untuk 1000 kegagalan”

  2. By Maizul MALAYSIA on Jan 17, 2007

    Kalau aku sanggup tetapi kene pastikan ilmu yang diperolehi berbaloi dengan apa yang di laburkan.

Post a Comment