I’M Back! Alhamdulillah..

July 10th, 2008 Posted in Diari | 1 Comment »

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Alhamdulillah, akhirnya PC yang merajuk berjaya dipujuk.

Habis juga RM 500.00 Upgred PC. Ni upgred sendiri ni. Bukan upah orang. Kalau tak tergendala lah projek.

Walaupun baru memiliki laptop, tetapi PC tetap menjadi keutaman kerja saya.

Oks.. sibuk ni…

wassalam

Bila PC Pandai Merajuk…

June 24th, 2008 Posted in Diari | No Comments »

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Agak jarang saya mengupdate blog kebelangkang ini. Kalau update pun pendek-pendek jer tulisannya. Sekarang agak busy dengan satu projek. Secara tidak rasmi ramai yang dah tahu. Sehingga hari ini sudah seramai 167 orang yang mendaftar untuk menjadi pembelinya. Ramai tu. Insyallah dalam sedikit masa lagi saya akan umumkan tarikh pelancaran sebenarnya. Sekarang tengah tunggu seorang rakan melancarkan ebook beliau.

Ni pertama kali update blog guna laptop baru ni. sejak beli laptop ni, saya jarang menggunakan PC saya. saja nak biasakan diri dengan vista dan tablet Pc ni.

Semalam on ler PC, nak upgrade RAM. Tiba-tiba senyap jer PC tu. Cabut semua RAM pun tak ade effect. Letak RAM asal pun macam tu juga. Biasanya kalau tak de RAM akan bunyi. Ini apa pun tak de. Power ok. Rasa macam masalah motherboard jer.

Sedang saya mengodet-godet mencari kesilapan, tiba-tiba ubah satu suiz kat power suply tanpa mengoffkan power suply dan ‘pop’. Jahanamlah power suply tersebut.

Adalah PC saya merajuk. Adus.. masalah ni, banyak software yang digunakan tak serasi dengan Vista :(

HP Pavilion TX 2000

June 16th, 2008 Posted in IMTools | 5 Comments »

Alhamdullillah, akhirnya Jumaat lepas, saya berjaya membuat keputusan untuk memiliki Table PC HP pavilion TX 2000.

Keputusan ini dibuat setelah gagal mencari laptop Dell XPS 1330. Bukan tak nak beli online, tapi saya nak tengok dulu secara live, baru boleh beli. Tak kenal, tak berani nak bercinta :)

Sekarang tengah mahir-mahirkan diri dengan vista ni. Dan juga tengah install software untuk memudahkan saya menyiapkan kerja-kerja berblogging dan berIM.

oks.. wassalam..

Minyak Naik - Kerja Sambilan Tanpa Menggunakan Minyak!

June 8th, 2008 Posted in Isu Semasa | 3 Comments »

Assalamualaikum & salam sejahtera…

Harga Minyak Naik! Bukan sedikit pula tu. RM 0.78 bagi petrol dan RM1.00 bagi disel. Cukup untuk membuat semua orang naik minyak. Bagi yang berpendapatan rendah, sudah pasti ia amat menyiksakan. Nak tunjuk perasaan pun belum tentu kerajaan dengar. Sebagai langkah alternatifnya, kerja sambilanlah yang perlu dilakukan untuk menampung kos yang meningkat. 41% kos sara hidup bakal meningkat, jadi 40% pendapatan tambahan perlu dicari.

Jadi oleh kerana harga minyak naik, maka adalah lebih baik kita tambah pendapatan tanpa melibatkan penggunaan minyak.

Perniagaan dari rumah adalah langkah terbaik untuk meningkatkan pendapatan dengan kos yang rendah. Jika kita melakukan pekerjaan tambahan dengan bekerja diluar rumah, banyak perkara yang perlu difikirkan. Selain dari kos minyak, kos pengjagaan anak juga perlu diambil kira. RM5.00 sejam overtime jaga anak dinursery.

Jadi sememangnya langkah terbaik ialah dengan melakukan kerja dari rumah. Salah satu daripadanya adalah dengan melakukan perniagaan internet dan juga mencari duit dengan menyertai program-program yang ditawarkan diinternet seperti adsense dan sebagainya.

Jadi tepuk dada tanya selera. lainlah kalau anda mampu ubah cara hidup :D

Risiko Usahawan Info…

May 22nd, 2008 Posted in Usahawan Info | 2 Comments »

Assalamualaikum & salam sejahtera…

Tahun ni benar-benar mencabar bagi saya. Mungkin ada hikmahnya. Banyak yang saya pelajari dari cabaran itu. Jika awal tahun dulu masalah berlaku seperti yang saya tulis pada 20 May lalu. Kini saya ingin berkongsi dengan anda suatu perkara yang anda perlu tahu supaya risiko membuat duit di internet kurang.

Usahawan Info, apa tu? Usahawan info adalah usahawan yang menjual produk Panduan seperti Panduan Adsense, Panduan Ebook dan sebagainya. Biasanya produk yang dijual adalah produk digital seperti ebook, video atau MP3.

Apa risiko yang ingin saya kongsikan?

Ada dua risiko yang saya ingin kongsikan.

1. Penyedia perkhidmatan mengubah polisi atau harga.

Kadang kala kita menulis mengenai sesuai perkhidmatan seperti pengiklanan di Adword dan apabila penyedia perkhidmatan tersebut mengubah polisi dan harga mereka makan produk kita tadi sudah tak valid. Bersyukur jika kita telah memperolehi modal dari jualan sebelum ini. Bagaimana pula kalau baru nak lancar, perkhidmatan tersebut ubah harganya. Kang pening kepala :(

2. Penyedia perkhidmatan mengupgred versi mereka.

Ini situasi yang sering berlaku. Penyedia perkhidmatan mengupgred versi mereka. Jika pengupgerdan versi itu mengakibatkan sedikit sahaja perubahan tidak mengapa. Tetapi jika perubahan itu mengaibatkan banyak perubahan seperti yang berlaku pada wordpress versi 2.3.3 kepada 2.5. pening juga kepala memikirkanya.

Cara mengatasinya?

Tiada lain caranya, anda mesti sentiasa alert mengenai produk yang anda tulis dan sentiasa cepat mengupgerd panduan anda.

Itu sahaj untuk malam ini.

Wassalam..

2 Perkara Yang Tak Best Tentang Program Affiliates

May 20th, 2008 Posted in Affiliates | 2 Comments »

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Apa khabar anda semua…

Hari ini saya ingin berkongsi 2 perkara yang tak best mengenai program affiliates. Khas bagi mereka yang suka taksud kepada sesuatu syarikat.

Sebenarnya dua perkara ini saya alami dua bulan lepas.

Perkara pertama ialah sebuah syarikat televisyen satelit, hampir luput domain yang saya gunakan untuk mebina blog bagi mempromosi perkhidmatan mereka. Akhirnya berjaya lah juga kumpul lebih kurang usd $100.00. Tup-tup dapat surat dari US, surat dari lawyer syarikat tersebut yang menyatakan syarikat tersebut Bankrupt :(

Perkara kedua ialah, blog saya Knight Of Chess Academy, yang dibina khas untuk mempromosi produk catur dari ChessHouse.com.

Baru-baru ni chesshouse.com menukarkan perkhidmatan affiliate mereka ke shareasale.com. Sebelum ni mereka menggunakan www.assoctrac.com. Memang mudah sewaktu mereka menggunakan www.assoctrac.com ni. Boleh terus point ke laman yang kita hendak dengan menggunakan kod affiliate yang diberikan.

Tetapi selepas mereka menukarkan ke shareasale.com ni, sebenarnya tak susah sangat nak tukar kod dia. Lebih kurang sama jer dengan www.assoctrac.com tetapi masalahnya, saya ada lebih 300 link affiliate yang perlu ditukar :( Itu yang tention tu. Melayang USD$300.00 sebulan aku :( Tapi nasib baik ebook chess saya tak lancarkan lagi. Kalau tak lagi nanya.

Itulah risiko join program affiliate ni. Tapi biasalah , hak orang kita menumpang jer :-P

Ok wassalam

TAHUKAH ANDA!? - “Mailing List” merupakan lubuk emas bagi usahawan internet?

May 15th, 2008 Posted in Pengumuman, ebook | 5 Comments »

Assalamu’alaikum / Salam Sejahtera,

Seperti yang kita tahu, Mailing List, merupakan lubuk emas bagi usahawan internet. Dengan memiliki bilangan subscribers yang ramai, hasil yang diperolehi dari sesuatu produk yang dipromosi adalah tinggi. Dengan hanya 1 klik semua email promosi akan sampai ke INBOX semua penerima tetapi email tersebut seolah-olah ditulis khas untuk si penerima.

Menyedari hakikat ini, ramai usahawan internet sanggup berbelanja tinggi bagi mendapatkan  autoresponder terbaik untuk membina mailing list mereka supaya setiap email promosi yang dihantar sampai ke INBOX penerima bukan ke SPAM BOX atau BULK.

Biasanya email yang dihantar dengan menggunakan autoresponder berbayar (iaitu autoresponder yang dilanggan) akan menghasilkan pulangan yang lebih baik berbanding autoresponder percuma (iaitu autoresponder yang diinstall di dalam hosting sendiri). Email yang dihantar dengan menggunakan autoresponder percuma biasanya menghuni SPAM BOX email si penerima dan tidak dibaca oleh penerima. Ini menyebabkan mailing list tersebut tidak membawa apa-apa makna kepada pemiliknya.

Aweber.com merupakan salah satu daripada penyedia autoresponder terbaik yang sering menjadi pilihan usahawan internet. Dengan kebarangkalian lebih dari 99.34% email yang dihantar masuk ke INBOX penerima dengan pantas tidak hairanlah ia menjadi pilihan utama usahawan internet.

Walaubagaimana pun disebabkan sewa bulanan yang agak tinggi bagi mereka yang baru menceburi bidang perniagaan internet, kebanyakkan daripada mereka atau lebih dikenali dengan panggilan newbie (golongan yang baru terlibat dengan perniagaan internet) lebih suka memilih untuk menggunakan autoresponder percuma tanpa memikir jangka masa panjang.

Kenapakah Fenomena begini berlaku?